Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HASSAN ALI PERLU SALAHKAN DIRI SENDIRI

DIA MUNGKIN ADA HUBUNGAN SULIT DENGAN ORANG TERTENTU

HASSAN ALI TIDAK PERLU SEDIH DENGAN PEMECATANNYA KERANA PEMECATAN ITU ADALAH ATAS KEHENDAKAN SIKAPNYA YANG BERTENTANGAN DENGAN DASAR PARTI DAN PANDANGAN SAHABAT-SAHABAT DIDALAM JAMA'AH, 

HASSAN ALI BOLEH MENILAI DIRINYA SENDIRI DIDALAM PARTI PAS, MUNGKIN DIA MERASAKAN BAHAWA DIRINYA TETAP BETUL AKAN TETAPI SEBENARNYA YANG MENILAI DIRINYA BUKAN DIRINYA SENDIRI AKAN TETAPI DASAR PARTI ITULAH YANG MENILAI DIRINYA

HASSAN ALI MUNGKIN TIDAK MENYEDARI DIRI DAN KENYATAANNYA YANG BERSIKAP EGO SERTA RAKUS APABILA MEMBUAT KENYATAAN TERUTAMA KENYATAAN-KENYATAANNYA DIDADA AKHBAR LAWAN DAN JUGA TV YANG MENJADI TONTONAN RAKYAT

HASSAN MENYANGKA DIA BETUL, SEMANGATNYA BETUL, AKAN TETAPI DIA SALAH PADA PANDANGAN PERLEMBAGAAN PARTI YANG DISERTAINYA, SIKAPNYA YANG SELALU MEMBELAKANGKAN PANDANGAN PIMPINAN DAN PERLEMBAGAAN PARTI MENYEBABKAN DIA DISINGKIR DARI PARTI,

HASSAN BUKAN ASET PAS SELEPAS DIA TERLUCUT DARI JAWATAN NAIB PRESIDEN PARTI DAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR. MENJADI AHLI JAWATANKUASA PAS PUSATPUN ATAS IHSAN, DAN INI SEMUANYA DIA PERLU SEDAR, DAN KITA TAHU DIATAS BERBAGAI SIKAPNYA YANG TIDAK SESUAI DIDALAM PERJUANGAN PAS MAKA DIA DIPECAT

PAS TIDAK MAHU ORANG YANG MACAM SIKAP HASSAN ALI INI BERADA DIDALAM PARTI, SIKAP HASSAN ALI INI SESUAI BERADA PADA PERTUBUHAN NGO PERKASA DAN JUGA PAKEDA KERANA PERTUBUHAN INI BERJALAN TIDAK ATAS DASAR PILIHAN RAKYAT, DIA BOLEH MEMEKIK DIDALAM PERTUBUHAN NGO TERSEBUT

  Hasan Ali: Sedih perjuangan martabatkan Islam diperlekeh PAS

January 08, 2011
KUALA LUMPUR, 8 JanAhli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali, menyuarakan kekecewaannya terhadap pemecatannya yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini kerana parti berkenaan membalas perjuangannya terhadap Islam dengan tindakan tersebut.

“Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa.

“Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya petang tadi.

Hasan (gambar) turut berkata, pihaknya akan mengadakan satu sidang media khas bagi memberi penjelasan lanjut berhubung pemecatannya dalam masa terdekat.

Dalam mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hari ini, parti berkenaan telah membuat keputusan sebulat suara memecat keahlian Hasan Ali sebagai anggota parti.

Keputusan itu dibuat selepas Presiden PAS membuat perbincangan dan pertimbangan lanjut.

Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat memecat Hasan sebagai anggota parti bermula hari ini, dengan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya memutuskan untuk berbuat demikian selepas menimbang pelbagai faktor pada mesyuarat bulanannya.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan tindakan Hasan Ali yang dilihat merosakkan parti dan menyebabkan kemusnahan kepada parti, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti,” kata Ahli Parlimen Marang ini dalam kenyataannya.

Bulan lalu, Hasan mengkritik PAS dalam isu kawalan media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 kerana meninggalkan matlamat perjuangan Islam atas faktor politik.

Hasan menuduh PAS tergelincir daripada landasan asal dan matlamat perjuangan parti dengan memperkenalkan prinsip negara berkebajikan berbanding negara Islam sebelumnya,

Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini menerima kecaman daripada rakan-rakan partinya apabila mengatakan penyertaan terhadap perhimpunan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok adalah perbuatan sia-sia.

Abdul Hadi htelah menyatakan persetujuannya untuk menyertai perhimpunan tersebut, sebagaiman pimpinan Pakatan Rakyat lain, dan menyatakan kenyataan Hasan itu sebagai penghinaan terhadap presiden parti dengan membelakangi keputusannya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.