Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA BETUL ? POLIS ? PKR ? JANGAN KHIANAT !

 
Tiada Syarat Di Bincang Ketika Jumpa KP KL-N.Surendran



13 Safar 1433H,

PETALING JAYA, 8 JAN: Naib Presiden PKR, N.Surendran yang merupakan salah seorang dari empat wakil PKR yang menemui Ketua Polis Kuala Lumpur, Datok Mohamad Salleh Omar berkata tiada sebarang syarat dikenakan ketika perbincangan di adakan pada 6 Januari lalu.

"Saya menegaskan pendirian KEADILAN bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari Jumaat, 6 Januari 2012 tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan oleh PDRM kemudiannya.

"Malah, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada KEADILAN melalui Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas ia diedarkan kepada pihak media melalui satu surat sahaja.

"Tandatangan yang dirujuk oleh pihak PDRM adalah tandatangan Saudara Shamsul mengesahkan beliau ada menerima surat tersebut. Ia bukanlah tandatangan menyetujui syarat-syarat seperti digambarkan oleh sesetengah pihak." jelas Surendran.

Katanya,walaupun pihak PDRM ada menyuarakan beberapa perkara mengenai kawalan orang ramai dan keselamatan dalam perbincangan tempoh hari, saya tegaskan tidak ada sebarang persetujuan mengenai syarat-syarat khusus kerana pimpinan PDRM Kuala Lumpur berpuas hati dengan penerangan KEADILAN.

"Oleh yang demikian, kami tetap dengan keyakinan bahawa perhimpunan aman ini akan berjalan dengan aman tanpa perlunya syarat-syarat yang dikemukakan pihak polis.

KEADILAN menggesa rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk hadir menyuarakan sokongan dan solidariti kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan usaha mengembalikan integriti kepada sistem kehakiman negara." jelas beliau lagi.

Pada 6 Januari lalu, PKR yang diwakili Timbalan Presiden, Azmin Ali, Ketua Wanita, Zuraidah Kamaruddin, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohamad Akin serta Surindran menemui Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamad Salleh Omar di IPD Kuala Lumpur.-tvs

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.