Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

IBRAHIM ALI JADI BATU API, JAGA TEPI KAIN ORANG, KATAK BETULLAH !

HAIRAN BETULLAH MANUSIA NI, JIKA SAIFUL SENDIRI BERKATA DIA REDHA DENGAN KEPUTUSAN HAKIM, MENGAPA IBRAHIM ALI MENYEBOK ? SAIFUL SIAP BERKATA "WAREDHAKA MATHLUBI" KEREDHAAN ALLAH YANG DIA TUNTUT, TETIBA IBRAHIM ALI PULAK PANDAI-PANDAI SURUH BUAT RAYUAN, JIKA SAIFUL TERMAKAN RACUN IBRAHIM ALI BAWALAH PULAK KES TU KE MAHKAMAH SYARI'AH, SURUH IBRAHIM ALI JADI SAKSI, ATAU KRONINYA, HASSAN ALI KE, ZULKIFLI NORDEN KE, NASARUDDIN MAT ISA KE, HAAAA ! DAAAAAH ! CUKUP 4 ORANG SAKSI, NAK TENGOK BERAK KAPOR BAGILAH BATU API KAT SAIFUL TU !

Ibrahim Ali: Nasib Anwar belum selamat jika Saiful kemuka rayuan

January 09, 2011
 
KUALA LUMPUR, 9 Jan Walaupun mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat namun Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menegaskan “segalanya belum muktamad.”

Ini kerana jelas beliau, pihak pendakwaan masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Saya percaya pendakwa raya akan membuat rayuan supaya berlaku adil kepada (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan), pengadu yang mengaku diliwat oleh Anwar.

“Jika pendakwa raya merayu (maka) proses keadilan belum selesai. Selepas Mahkamah Rayuan, (kemudian) ada lagi Mahkamah Persekutuan. Jadi segala-galanya belum muktamad,” kata Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas.

Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan  tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Keputusan itu diraikan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat serta keluarga Anwar yang turut hadir memberikan sokongan.

Menurut Ibrahim (gambar) yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas ini, semua pihak perlu menerima keputusan itu dan jangan melakukan perkara yang boleh menimbulkan huru-hara.

“Sebelum ini ada pihak yang terang-terang menuduh mahkamah berat sebelah, konspirasi dan mahu rakyat menjadi hakim.

“Apa yang mereka mahu kata sekarang? Apakah mereka tidak percaya kepada keadilan mahkamah? Jika tidak serah kepada mahkamah rakyat,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.