Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAIFUL MACAM TAK PUAS HATI KEPUTUSAN HAKIM

Saiful: Saya redha keputusan mahkamah tapi ‘hukuman akhirat pasti akan berlaku’

January 09, 201
 
KUALA LUMPUR, 9 Jan Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beliau redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat namun menegaskan “hukuman akhirat pasti akan berlaku.” 
 
Mohd Saiful, 26, bekas pembantu peribadi Anwar dan pengadu dalam kes liwat berkata beliau akan terus bertenang, berdoa dan bersabar menerima keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Mohd Zabidin membuat keputusan itu atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Anwar berdepan pertuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lalu. “Tidak di dunia, namun di Masyar pasti. Redha dgn ketentuan-Nya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi (Ya Allah engkaulah matlamatku dan aku mencari keredaan-Mu),” kata Mohd Saiful dalam akaun Twitter miliknya.

Semasa keputusan diumumkan Mohd Saiful (gambar) tidak hadir ke mahkamah.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.