Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MANGSA LETUPAN DIKEMAL PASTI

Polis kenal pasti identiti mangsa letupan di perhimpunan

09/01/2012 7:36pm

KUALA LUMPUR 9 Jan. Identiti lima mangsa yang cedera dalam letupan ketika penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun berhampiran Kompleks Mahkamah di Jalan Duta, di sini, hari ini, telah dikenal pasti.

Empat daripada mereka merupakan peserta perhimpunan iaitu Ng Kien Seng, 36, yang cedera di tangan kanan; Juhari Mansur, 21, cedera di perut; Isaiah a/l Jacob, 46, mengalami kecederaan di leher; dan Tang Eng Ghee, 48, yang cedera di kaki kiri.

Seorang lagi mangsa iaitu peguam Keith Christopher, 27, cedera di bibir dan kaki. Dalam satu kenyataannya, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua mangsa masih berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan.

"Doktor telah mengeluarkan bebola besi daripada anggota badan dua orang mangsa. Seorang mengalami kecederaan ringan (calar) di bahagian badan. Seorang lagi mangsa masih menunggu pembedahan ringan untuk mengeluarkan bebola besi.

“Mangsa kelima masih lagi menerima rawatan di wad Hospital Kuala Lumpur kerana mengadu sakit dada,” katanya melalui laman Facebook Polis KL.
Katanya, polis masih menyiasat kes itu. – BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.