Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Adam Adli digantung 3 semester, dibicarakan tanpa peguam

January 09, 2012
 
KUALA LUMPUR, 9 JanAktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tanpa dibela peguam semasa dibicarakan.

Penuntut sarjana muda pendidikan berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi, Adam Adli berkata beliau mula dibicarakan pada pukul 3.30 petang tadi.

“Ketika dibicarakan saya seorang diri berdepan dengan lapan orang panel...saya seorang diri tanpa pembelaan peguam.

“Saya tidak dibenarkan membawa peguam kerana ia adalah peruntukan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), satu pembelaan yang saya tidak layak dapat,” katanya.

Adam Adli mencetuskan kontroversi apabila bertindak kain rentang yang gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya bendera kebebasan mahasiswa.

Anak kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang ini berkata akan menghabiskan tempoh penggantungan dengan berkempen menuntut kebebasan akademik sehingga AUKU dimansuhkan.

“Saya akan pastikan tiada penindasan lagi,” katanya menambah akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan itu yang disifatkan berat sebelah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.