Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MIMPI ORANG POLITIK

JARANG SEORANG PEJUANG POLITIK APABILA JATUH BANGUN KEMBALI

  Oleh esmael
"Sejarah telah membuktikan betapa ahli politik yang di pecat atau keluar dari parti yang dishttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSZjpsz_aE9GtlnYLRIumZjrzrixB17SWeKIOvfje7NVhfXf4pXfy21xzIGEXMnvP20q20kukeqPWSsDmTPZSoNsPO65kGlxYQgcUcrM2nqVtH5_5Mk1FRxDs6ox3RSgCXdmUbcLHuqDU/s1600/Mimpi.jpgertainya adalah sukar untuk berjaya. Walaupun pernyataan ini tidak selalunya benar, ini adalah realiti politik Malaysia.

Marilah kita lihat bagaimana sukarnya Tengku Razaleigh untuk mencari nafas politik apabila disingkirkan dari UMNO selepas bersengketa dengan Mahathir.

Beliau akhirnya terpaksa menerima hakikat kegagalan ini, dan akhirnya bertebal muka untuk kembali kepada UMNO. 

Arwah Dato Asri, bekas pemimpin utama PAS, walaupun berjaya menjadi menteri tetapi beliau gagal untuk memimpin parti barunya, dan akhirnya parti barunya dibubarkan oleh pengikutnya sendiri.

Berahim Ali, Zul Kulim atau Zaharin Bayan Baru dan beberapa lagi pembelot parti yang mereka sertai sampai sekarang masih tidak berparti.  Mereka tahu dan sedar betapa sukarnya untuk mendapat sokongan sekiranya menubuhkan parti baru, justeru sehingga sekarang mereka masih terhegeh-hegeh di depan tangga umno menunggu kalau pun tidak ada karpet merah yang dibentang setidaknya mereka disemawa masuk ke rumah UMNO

. Tetapi ini tidak berlaku kerana faktor politik adalah pengikut, dan pemimpin politik yang tidak berpengikut seperti mereka tidak mempunyai nilai dan kuasa yang kukuh. Justeru ahli politik lompat biasanya melakukan gerakan lompatan terakhir mereka kerana wang ! 

Anwar Ibrahim walaupun telah mencatat kejayaan dengan parti barunya dan membuat percaturan politik yang mengelirukan pemimpin UMNO (parti yang memecatnya), namun beliau masih belum berjaya merealisasikan impian untuk merebut kedudukan utama di Puterajaya. Ukuran kejayaan politik beliau ialah menduduki kerusi nombor satu ! dan rakyat seluruhnya masih menanti.

Terkini, ikon PAS walaupun pengaruhnya tak sehebat Mat Sabu namun seperti juga Zol Kulim atau Berahim Ali, Hasan Ali melayarkan mimpi politiknya dalam suasana yang beliau sendiri boleh mengagak masa depan politiknya.   Hasan tahu beliau akan dilupai dan tidak siapa akan mengikutnya dalam beberapa bulan lagi.  Hasan tahu beliau akan bersendirian dan hidup dalam kesepian dalam beberapa bulan akan datang.  Tetapi beliau bertindak di atas keegoan, iaitu sifat kebanyakkan ahli politik.

Begitulah orang politik, ego mereka semuanya tinggi-tingi belaka.  Mimpi mereka semuanya ingin menjadi perdana menteri atau presiden. Mimpi mereka ingin negara di bawah ketiak mereka.  Mimpi mereka inginkan semua rakyat mendengar dan mematuhi cakap dan arahannya.  Orang politik sentiasa merasakan dialah benar walaupun berbuat salah, sedangkan orang politik sendiri tahu mereka jarang membuat perkara yang benar !

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.