Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK TOLONG KAWAN JANGAN SAMPAI DIRI SAMA TENGGELAM

NASHARUDDIN LEBIH BAIK DIAM, KAMU TELITI DULU SEBELUM BERCAKAP, PEMECATAN HASSAN BUKAN PASAL BERCAKAP DENGAN UMNO ATAU AKHBAR UMNO, POKOKNYA ADA LARANGAN DARI PUCUK PIMPINAN MENGIKUT PROTOKOL PARTI, SEPATUTNYA DIA AKUR, JANGAN BODOH SOMBONG, RUJUK KEPADA YANG BERAUTORITY SEGALA YANG DIANGGAP SENSITIF, SUSAH SANGAT KE ?  NAK MENJAGA HATI ORANG ATAS ? TINDAKAN MEMECAT HASSAN  DIAMBIL KIRA TENTANG SUASANA POLITIK SEMASA YANG KELIHATAN BANYAK MERUGIKAN PERJUANGAN PAS, TAKKAN KAMU TAK BOLEH FIKIR,

Nasha berang tindakan pecat Hassan Ali......
Posted on Tuesday, January 10 @ 18:24:59 PST





Oleh: norsya





Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menjelaskan, kehadirannya ke rumah Hasan Ali di Petaling Jaya kelmarin bagi menyatakan sokongan terhadap bekas pesuruhajaya PAS Selangor ekoran pemecatannya dari parti.








"Kerana atas dasar itulah saya hadir pada malam ini (kelmarin) kerana bukannya mudah tugas beliau dalam menegakkan agama tetapi diarah kiri, kanan, atas dan bawah," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian ketika berucap di rumah Hasan.








Anggota parlimen Bachok itu malah melihat pemecatan Dr Hasan sebagai tindakan drastik dan mungkin juga sejarah dalam PAS.




Nasharudin (kiri) berkata, sebagai anggota Majlis Syura - badan tertinggi dalam PAS - beliau mahu mengumumkan bahawa Hasan boleh membuat rayuan dalam tempoh 30 hari, seperti terkandung dalam Peruntukan 83(3) perlembagaan parti.




"Sekiranya Hasan masih mahu berkhidmat di dalam parti ini beliau boleh membuat rayuan dalam tempoh tersebut dan peluang serta ruang masih ada.




"Setakat ini saya masih belum berhubung dengannya tentang perkara itu," katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu.




Bagaimanapun, kata Nasharudin, beliau masih mahukan Dr Hasan, yang juga exco kerajaan Selangor, terus berkhidmat dan tidak mahu perkara tersebut menimbulkan polemik.




"Jangan hanya kerana kita bercakap dengan orang Umno kita dikatakan nak jadi Umno.





"Kerana kita bercakap dengan akhbar Umno maka kita nak jadi Umno. Harap selepas ini politik kita menjadi matang," katanya.




Rani tolak ganti Hasan





Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) ketika ditanya sama ada parti akan mengambil tindakan terhadap pemimpin seperti Nasharuddin -- yang menyokong Dr Hasan -- berkata tindakan sama akan dipertimbangkan.





"Jika ada kes kita akan pertimbangkan, kita tidak larang mereka hadir beri sokongan, mungkin mereka pergi sana hendak dengar saja," beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.





Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhajaya PAS Selangor Dr Rani Osman (kiri) berkata, beliau berharap tidak tidak dicalonnya sebagai exco Selangor menggantikan Dr Hasan yang mahu disingkirkan daripada kerajaan negeri.





"Lagi elok sekiranya orang lain dicalonkan untuk jawatan itu, saya khuatir dengan tanggungjawab sebagai exco kerajaan negeri itu tidak mampu saya pikul.





"Namun, semuanya terpulang kepada keputusan pimpinan tertinggi PAS Pusat. Kami di peringkat PAS negeri hanya menerima apa jua keputusan," beliau"














0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.