Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAKHAIE TIDAK LAYAK ULAS PAS

LIBERAL TIDAK MENGUBAH DASAR PARTI, YANG KAMU CAKAP SEOLAH-OLAH LIBERAL ITU SEMACAM MENGANCAM DASAR PAS ADALAH BENGONG DAN BANGANG !

Nakhaie: Hasan dipecat kerana tidak diterima golongan liberal PAS

January 11, 2012
 
KUALA LUMPUR, 11 Jan Pemecatan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS disebabkan pengaruh golongan liberal dalam parti Islam tersebut, kata bekas pemimpinnya Datuk Nakhaie Ahmad.

Jelas bekas naib presiden PAS ini, perubahan pemikiran dan barisan kepimpinan baru yang dikuasai golongan liberal menyebabkan golongan ulama diketepikan.

“Punca pemecatan Hasan Ali adalah perubahan yang berlaku dalam PAS...PAS pada masa sekarang sudah banyak berubah yang mana dari segi pemikiran ia berubah ke arah pandangan yang liberal dan yang kedua adalah perubahan barisan kepimpinan, kalau dulu kepimpinan PAS adalah kepimpinan ulama tapi sekarang kepimpinan PAS dikuasai golongan liberal.

“Dahulu kepimpinan ulama dalam PAS banyak menyentuh tentang politik dalam kaitan dengan akidah dan sekarang sudah tentu pendekatan sekarang adalah bagaimana untuk memperoleh kuasa...dengan sebab itu maka aliran liberal begitu kelihatan dalam keputusan-keputusan yang dibuat,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Nakhaie menambah pandangan-pandangan yang dilontarkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu mewakili pandangan era kepimpinan ulama yang tidak boleh diterima barisan kepemimpinan baru parti Islam pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Jadi pandangan Hasan Ali tidak serasi dengan kepimpinan  baru dan pandangan yang mewakili zaman lama dianggap pandangan pengacau yang menghalang perubahan dan pendekatan liberal yang diikuti PAS sekarang.

“Dalam kepimpinan liberal, soal akidah memang jelas tidak diberi keutamaan, mereka sudah tidak memberi sokongan kepada isu akidah seolah-olah sudah luput zamannya,” katanya.

Jelas beliau, golongan ulama dalam PAS juga akan menjadi “mangsa” seperti Hasan sekiranya mengeluarkan pandangan yang bertentangan dengan kepimpinan baru.

“Kalau tidak bersuara tindakan (dipecat) tidak akan dikenakan, tetapi kalau bersuara mempertahankan pendirian mereka seperti menegakkan negara Islam dan mempertahankan isu-isu akidah seperti mana Hasan Ali, mereka juga akan dipecat

“Daripada akidah ke liberal, dalam pendirian liberal persoalan akidah bukan menjadi hal utama kerana yang menjadi perhatian mereka adalah kuasa,” katanya.

Hujung minggu lalu Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia telah dipecat keanggotaannya berkuatkuasa serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Tindakan memecat Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS.

Hasan sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang “menongkah arus”.
Keputusan memecat Hasan dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat.

1 orang berkata:

Hikmah Herbal Tech said...

cukup le nakhaie ooo........tak perlu komen hal urusan dalaman PAS.kenapa Pas singkir hasan ali ada sebab tertentu.nakhaie perbetulkan hala tuju yg di bawa.....banyak banyak bawa tempurong .....tadah le

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.