Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAYAHLAH DIA NAK MOHOH MA'AF

Rabu, 18 Januari 2012

Halal Homoseksual : Dr Hasan Ali Dituntut Mohon Maaf Pada DS Anwar

Kenyataan Hasan Ali di The Malaysian Insider mendakwa DS Anwar akan menghalalkan homoseksual jika PR berjaya mentadbir Malaysia - Untuk Besarkan KLIK Pada Imej.
Utusan dan Berita Harian hanya melaporkan sebahagian temubual DS Anwar dengan BBC.DS Anwar menuntut akhbar milik Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu. Beliau juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam kepada Utusan untuk berbuat demikian.Untuk Besarkan KLIK Pada Imej.

Kenyataan Jingga 13 Mahu Hasan Ali Mohon Maaf,Di Petik Dari Keadilandaily :

KUALA LUMPUR 18 Jan : NGO Jingga 13 Menuntut supaya Bekas Exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali memohon maaf dari Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan kononnya ketua pembangkang itu menghalalkan homoseksual.Ia berdasarkan laporan akhbar milik Umno, yang memutarbelitkan wawancara Anwar dengan British Broadcating Corporation (BBC) baru-baru ini.

“Jingga 13 mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dr Hassan Ali ini dan mendesak beliau memohon maaf secara terbuka kepada Dato Seri Anwar Ibrahim demi sekelumit maruah dan penghormatan kepadanya yang masih bersisa,” kata Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafie Muhamad.Menurut Saifuddin, Jingga 13 mempersoalkan rasional kenyataan Hassan Ali itu yang cenderung untuk memfitnah dan mengaibkan peribadi Anwar.

“Apakah Dr Hassan Ali diperalatkan oleh musuh-musuh politik Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan imej beliau. Kenyataan Dr Hassan Ali ternyata kosong dan tidak mempunyai fakta,” ujar beliau.Anwar semalam mengemukakan notis saman sebanyak RM50 juta daripada Utusan Malaysia ekoran dakwaan beliau menghalalkan homoseksual di negara ini.

Laporan muka depan Utusan pada 17 Januari lalu bertajuk ‘Tolak Anwar- Hasan’ memetik kenyataan Hasan Ali, berdasarkan temubual Anwar dengan BBC.Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

1 orang berkata:

Melayu Kena Sokmo said...

Sokong 100%, Anwar saman Utusan dan Berita. Si Ah San Beruk Mokye tu dah terkencing dalam seluar, takut-takut Anwar nak saman beliau 50 juta pula. Tentunya Anwar tidak akan saman spesis Beruk Mokye tu kerana haiwan kecil tu pun tiada sebarang pengaruh pun kecuali media UMNO dan ahli karat mereka.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.