Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mahasiswa mahu MB Kedah bebaskan KUIN daripada AUKU

January 18, 2012
 
KUALA LUMPUR, 18 JanSeperti perumpaan “paku dulang paku serpih”, mungkin itulah gambaran yang disuarakan kumpulan mahasiswa terhadap kepimpinan PAS yang mendesak Putrajaya agar memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) namun gagal menasihati Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) dalam isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

PAS bersama rakan komponen Pakatan Rakyat selama ini mendesak Putrajaya memansuhkan AUKU namun lima mahasiswa KUIN digantung pengajian tahun lalu dengan menggunakan undang-undang itu.

Kesemua penuntut itu didakwa di bawah kesalahan AUKU kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, kelima-lima mahasiswa itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian. Empat mahasiswa digantung satu semester sementara seorang lagi dua semester. Tempoh penggantungan empat mahasiswa sudah tamat.

Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Mohd Safwan Anang berkata sehingga kini masih belum ada jawapan rasmi daripada Azizan mengenai AUKU.

“Masih belum ada kenyataan rasmi daripada KUIN, kerajaan negeri Kedah khususnya Menteri Besar dalam isu penggantungan lima mahasiswa KUIN ini.

“Jika di Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan AUKU tidak akan digunakan. Jadi apa pendirian Kedah di bawah PAS dalam isu ini...dalam manifesto Pakatan Rakyat mengatakan akan mansuhkan AUKU tapi di Kedah macam mana pula?” katanya pada sidang media di hadapan ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut di sini.

Jelas Safwan, penggantungan lima mahasiswa KUIN itu bertentangan dengan janji dan prinsip Pakatan Rakyat untuk memansuhkan undang-undang yang telah menyekat kebebasan mahasiswa selama ini.

“Kita mahukan satu jawapan rasmi dan permohonan maaf daripada kerajaan negeri Kedah dalam perkara ini, jika perlu bayar ganti rugi.

“Namun sehingga kini tiada respons, memorandum sudah dihantar namun tiada jawapan,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abd Razab menegaskan penggantungan lima mahasiswa itu disifatkan beliau sebagai diskriminasi terhadap kebebasan akademik.

“Apa yang berlaku di KUIN bertentangan dengan apa yang diperjuangkan PAS dan Pakatan rakyat, kita membantah sebarang bentuk diskriminasi terhadap kebebasan akademik,” katanya.

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa berkumpul di hadapan ibu pejabat PAS sambil membawa sepanduk tertulis “Bebaskan 5 Mahasiswa KUIN”, “Benarkan Mahasiswa Bersuara”, “Mahasiswa Tolak AUKU” dan “Mansuhkan Akta 174”.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.