Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SHHHHHHH ! PILIHANRAYA MENGEJUT !

19 Januari, 2012

Lagi Menteri UMNO Gila Talak..

Makin dekat PRU 13 makin menjadi pulak Menteri Umno gila talak. Terkini, Menteri Bertahan Zahid Hamidi bersetuju dengan cadangan Ustaz Nasha untuk mengadakan dialog dengan PAS. Addin nak tanya sikit kat Menteri Bertahan nih, kenapa ko sekarang makin terhegeh-hegeh dengan PAS? Ko dah tau ke yang Umno bakal tumbang pada PRU 13 Mac nanti? Menteri Bertahan nih tak paham-paham bahasa ke? Yang PAS tak teringin dengan Umno selagi mana Umno menjadikan sekularisme kiblatnya..

 Zahid Setuju Umno Dan PAS Berdialog Untuk Kebaikan Negara

KUALA LUMPUR, 19 Jan - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau bersetuju dengan cadangan seorang bekas pemimpin tertinggi PAS supaya kedua-dua parti berdialog untuk kebaikan negara.  Beliau berkata Umno mungkin bersetuju menyertai dialog itu sekiranya perbincangan berkenaan lebih menjurus kepada membentuk perpaduan umat Islam di negara ini.

"Sebagai salah seorang pemimpin Umno saya bersependapat dengan Nasharudin (bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa) kerana ia akan memberi manfaat besar kepada umat Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, Khamis.


Nasharudin, ketika menjawab soalan peserta
Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global di sini kelmarin berkata isu cadangan perbincangan antara Umno dan parti Islam itu bukan mengenai pembentukan sebuah pakatan tetapi hanya sebagai saling interaksi demi kebaikan negara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, ia merupakan cadangan yang baik demi perpaduan ummah dan kepentingan menegakkan perjuangan syiar Islam di negara ini.


Katanya, kepentingan ummah dan Islam mestilah mengatasi kepentingan politik parti kumpulan tertentu kerana ia akhirnya merugikan orang Melayu dan umat Islam sendiri.


Beliau berkata, selama ini ada pemimpin parti pembangkang termasuk PAS lebih mementingkan soal parti daripada kepentingan sebenar umat Islam di samping menuduh Umno tidak melaksanakan tuntutan Islam.


Menurutnya, sekarang sudah sampai masanya pemimpin berusaha menyatukan pemikiran, hati dan tindakan umat Islam di negara ini bagi mencapai matlamat mengangkat martabat agama berkenaan.


"Umno sedia berdialog dengan PAS berkaitan isu Islam di negara ini jika parti itu benar-benar ikhlas tanpa mengenakan syarat tertentu dan memikirkan keuntungan politik sesetengah pemimpin mereka," tegasnya.


Ahmad Zahid berkata sebagai umat Islam yang cintakan perpaduan, keamanan dan kesejahteraan, umat Islam mestilah mengamalkan sikap, pemikiran dan tindakan yang sederhana sekiranya mahu dihormati penduduk dunia yang lain.


Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan yang dianggap baik itu perlu mendapat persetujuan Majlis Tertinggi Umno sebelum keputusan dibuat sama ada Umno bersetuju atau sebaliknya dialog itu diadakan. ~
bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

PAS jangan mudah terpedaya dengan puak-puak munafik, kalau tidak menguntungkan dia, dia tidak akan berunding atau berdebat.

Katakan lah saja: zahid setuju PAS dan umno berdebat untuk kebaikkan umno, jangan statement berbelit-belit.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.