Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA PM TIDAK PENTING

KUALA TERENGGANU - PAS belum berbincang apa-apa berkenaan siapa yang akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri sekiranya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) disabitkan kesalahan pada 9 Januari (esok) oleh mahkamah dan dipenjarakan.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata demikian ketika ditanya oleh pihak media selepas Majlis Perasmian Sambutan 100 TahunItqan a-Muluk Bi Ta’dil as-suluk, di Kuala Berang pada Sabtu 7 Januari.
 
[Suka...... Setiausaha Agung PAS hanya suka apabila beliau di 'usik' oleh pemberita media arus perdana tentang isu-isu; siapa akan jadi PM, Azmin Ali menganggu hal dalaman PAS dan apaka tindakan PAS terhadap Dato' Dr Hassan Ali]

“Benda ni kita belum bincang apa-apa, tidak bincang, tak boleh kata, ia boleh jadi seseorang, tapi tak bincang (lagi),”ujarnya.

Malam sebelumnya, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan perkara terbabit hanya akan dibincangkan apabila Pakatan Rakyat  menang nanti.

Jawapan bagi perkara tersebut menurutnya sebagaimana jawapan Nabi Muhammad SAW, apabila ditanya apabila menang siapa yang akan menjadi pemimpin, ia akan diberi kepada sesiapa yang dikehendakki oleh Allah.

Yang penting katanya, adalah mereka yang akan menyelamatkan negara.

“tadi dah ada media tanya saya, saya jawab sebagaimana Nabi jawab, akan diberi kepada kepada sesiapa yang dikehendakki oleh Allah,

“yang pentingnya mereka yang berjaya menyelamatakan Negara, itu yang penting, bila dh menang, ada orang nak pimpin negara, saya balik (kampung) jadi nelayan tak apa,”tegasnya dalam sidang media selepas ceramah pra sambutan 100 Tahun Itqan al-muluk, di Kuala berang 6 Januari. (Gambar bawah)

Apa yang beliau mahu, katanya, negara selamat dipimpin menurut Islam dan apabila sesiapa sahaja yang memimpin mengikut Islam, bagi beliau tidak ada halangan.

Menjelaskan perkara tersebut, eliau meminta pihak media tolong bekempen supaya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang, dan setelah menang, barulah boleh berbincang tentangnya.

“Nanti kita menang, InsyaAllah, kena undi, kena tolong-tolonglah, suratkhabar kena kempen, biar kita menang, lepas tu kita (akan) umumkan,

“iya…ya.. (saya) akur (dengan keputusan pilihanraya) bukan mesti (saya jadi PM),”ujarnya lagi.

Spekulasi Anwar mungkin akan disabitkan oleh mahkamah pada Isnin 9 Januari timbul kerana sepanjang perbicaraan kes Liwat kali kedua ini, kerana ramai pihak yang merasakan bahawa mahkamah tidak memberikan ruang unuk sebuah perbicaraan yang adil.

Justeru, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali mencadangkan Mursyidu Am PAS atau Presiden PAS menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.