Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ZULKIFLI MENEMPAH DOSA KERING

PANDANGAN ZULKIFLI NORDIN DIBAWAH INI BUKAN SESUATU YANG BERNIAT BAIK ATAS KEPUTUSAN MAHKAMAH AKAN TETAPI DIA SENGAJA HENDAK MENYUARAKAN KEPADA RAMAI SUPAYA ADA DORONGAN SUPAYA PEGUAM NEGARA MEMBUAT RAYUAN KES LIWAT ANUAR IBRAHIM TIDAK BERAKHIR

DEMIKIAN JAHATNYA MANUSIA JENIS ZULKIFLI NORDIN INI, SEPATUTNYA ZULKIFLI TIDAK MENGELUARKAN APA-APA KENYATAAN SETELAH MAHKAMAH TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN NAMUN  APA YANG BERLAKU DIA TERUS MEMPERDAGANGKAN KEAIBAN ORANG LAIN KEPADA UMUM

APA KAIT MENGAIT KES PERIBADI ANUAR INI DENGANNYA ? SAUDARA BUKAN, KELUARGAPUN BUKAN, HANYA DIA DULU ADALAH SEORANG ANGGOTA PARTI DIBAWAH ADMIN ANUAR IBRAHIM, ITU SAJA DAN TIDAK LEBIH DARI ITU, ATAU KONONNYA DIA CUBA NAK MENEGAKKAN KEADILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA SEDANGKAN DIA SEKARANG ADALAH BERSIFAT BEBAS DIDALAM POLITIK

KENYATAANNYA YANG MENYEBUT BAHAWA KEJADIAN LIWAT MUNGKIN TELAH BERLAKU DIANTARA ANUAR DAN SAIFUL ADALAH SANGAT MENJIJIKKAN KERANA SEBAGAI SEORANG YANG MENGAKU ISLAM MANA BOLEH DIA MENYIARKAN AIB ORANG LAIN HANYA KERANA DIKATAKAN MUNGKIN !

DALAM AGAMA ISLAM MENYEBUT " APABILA DATANG SEORANG FASIK MEMBAWA BERITA HENDAKLAH KAMU TELITI, SELIDIK DAN BERJAGA-JAGA" SEDANGKAN ZULKIFLI MENGGUNAKAN PERKATAAN MUNGKIN, DAN PANDANGAN MUNGKIN INILAH BERITA DARI SUARA ORANG FASIK Pak Karamu

ZULKIFLI NORDIN MEROYAN TAK TENTU ARAH!!!


Ini apa hal pulak dengan Ahli Parlimen Kulim-Bandar baru ni? Tak pasal - pasal dia nak meroyan tak tentu arah ni kenapa yop? Ce cerita sikit:

LIWAT PAKSA LIWAT RELA?

Kedua, perlu diingatkan bahawa aduan yang dibuat oleh Saiful dan pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya terhadap Anwar dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan ialah melakukan liwat melalui “dubur” terhadap stafnya Saiful Bukhori secara paksa!

Maka Pendakwaraya mesti membuktikan tanpa sebarang keraguan elemen-elemen berikut:

1. mesti ada kemasukan kedalam dubur; 2. kemasukan itu secara paksa tanpa kerelaan.

Secara peribadi, teman cukop yakin beban pembuktian elemen pertama telah berjaya dibuktikan! Iaitu berlaku kemasukan oleh Anwar kedalam dubur Saiful (penetration of the anus).

Ini dibuktikan dengan adanya sampel airmani yang disahkan milik Anwar yang ditemui didalam dubur Saiful. Bermakna dari segi perlakuan, kegiatan “liwat” mungkin sudah berlaku.

Cuma pembuktian elemen kedua dikatakan menimbulkan keraguan Sebab itulah Karpal Singh membangkitkan isu samada Saiful dipaksa?

Sedangkan kata Karpal Saiful pergi sendiri ke kondominium itu, dia membawa bersamanya pelincir KY Jelly, dia mempunyai peluang untuk lari keluar tetapi tidak berbuat sedemikian, dia tidak menjerit atau meminta pertolongan, dia boleh duduk minum kopi bersama Anwar selepas adengan liwat itu, dia tidak terus pergi buat repot polis, dia masih hadir pertemuan bersama Anwar selepas itu; dan lain-lain faktor yang Karpal dakwa tidak membuktikan ujudnya elemen paksaan atau tanpa rela!

Sebab itu ada yang menegaskan bahawa pembuktian yang dikemukakan sekadar membuktikan kegiatan liwat atas dasar suka sama suka antara Anwar dengan Saiful, tetapi tidak ada unsur paksaan atau tanpa kerelaan!

Pendek cerita, tidak ada bukti Anwar ‘merogol’ Saiful!Ini sinonim dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tahun 2004 semasa membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar, bila Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa “walaupun kami mempercayai berlaku kegiatan liwat ini, namun bukti mengikut kehendak Akta Keterangan tidak cukup untuk mensabitkan Anwar dengan kesalahan jenayah meliwat dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan!”.

Apa maksud semua ini? Ini bermakna walaupun terlepas dari segi kehakiman dan perundangan, tetapi dari segi moral, etika dan politik; akhlak dan moral Anwar Ibrahim sangatlah diragui untuk melayakkan dia menduduki kerusi kepimpinan pembangkang, apatah lagi menjadi calon bakal Perdana Menteri untuk negara umat Islam Malaysia ini!

Dan itulah pendirian YB Datuk Dr. Hasan Ali semasa menegaskan bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin pembangkang, apatah lagi menjadi calon Perdana Menteri. Kerana kata Dr. Hasan Ali, Anwar mempunyai masalah akhlak dan moral yang serius.

Sehingga Dr. Hasan Ali membuat keputusan tidak akan pergi menyertai himpunan untuk mendengar keputusan kes peribadi Anwar hari ini!

Apapun, teman mencadangkan kepada Pendakwaraya supaya membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapat kepastian legal samada kesemua elemen yang diperlukan untuk membuktikan pertuduhan dibawah Seksyen 377B yang dikemukakan itu sudah dipenuhi.

Lagipun pihak Pendakwaraya berhak membuat rayuan. Dan teman cukop yakin rakyat pasti mahukan rayuan dikemukakan, agar proses kehakiman dan keadilan dapat dilaksanakan secara baik.

Dan sekarang peluang terbaik untuk Anwar memberikan sampel darahnya kepada pihak berkuasa termasuk Mahkamah untuk mendapat ujian DNA perbandingan dengan DNA Lelaki-Y yang ditemui dalam dubur Saiful.

Anwar tidak sepatutnya lagi berdolak dalik, hadapilah kebenaran. Berikan rakyat hak untuk mendapat tahu kebenaran. Teman cabar Anwar supaya bersikap seperti anak jantan, dan serahkan sampel darahnya untuk ujian DNA!

Dalam erti kata mudahnya, Si Ketua Penipu tu memang seorang Peliwat!!! Tak kira la sama ada ianya berlaku secara suka rela atau sebaliknya!!! Meliwat tetap meliwat!!!

2 orang berkata:

Anonymous said...

bertaubatlah zul sebelum Allah menurunkan bala keatas tn atau keluarga tuan.
kesianlah pd isteri dan anak2 tuan. kalau zul masih berterusan begini yang pastinya Allah akan turunkan musibah pada suatu hari nanti sama ada pd tuan atau keluarga tuan.

Man Taji said...

Zul Kulum....Zul Kulum.

Kerana dengki dan sakit hati hang pada DSAI, hang masih lagi nak teruskan kerja laknat hang tu noh.

Memang CILAKE la hidup kau wahai Zul Kulum.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.