Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

2012/06/05

Hidup mati: Muhyiddin pamer ketakutan Umno

KUALA LUMPUR: Seseorang yang berada dalam keadaan selesa, hanya mengeluarkan keyakinan dalam setiap kata-kata yang dituturkan.

Sebaliknya, hanya mereka yang berada dalam keadaan cemas yang akan mengeluarkan kenyataan yang mempamerkan kebimbangan mereka.

Ia terbukti apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa pilihn raya umum akan datang sebagai penentu hidup mati BN.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, berkata Timbalan Presiden Umno itu tanpa beliau sedar telah mempamerkan kebimbangan dan cemasnya BN menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Hanya orang yang bimbang sahaja mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.  Tanpa sedar, ia membayangkan ketakutan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang menyatakan PRU13 adalah penentu hidup atau mati BN.

Beliau juga dilaporkan berkata "zaman mewah BN seperti dahulu sudah berlalu. Jika pembangkang melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah bagi kita."

Ditanya mengapa BN berasa cemas, sedangkan saban hari media melaporkan kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya mendapat sokongan rakyat, Mujahid berkata BN cemas dengan kebangkitan rakyat yang dilihat banyak menyokong Pakatan Rakyat.

"Mereka cemas kerana pelbagai usaha yang mereka lakukan, nampaknya tidak memberi kesan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi apabila merek lihat rakyat bangkit ketika perhimpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau ke Putrajaya, baru-baru ini," kata beliau.

Biarpun serangan BN terhadap Pakatan Rakyat begitu kuat, tegas Mujahid ia tidak meninggalkan sebarang kesan kepada rakyat, sebaliknya rakyat melihat BN tidak mampu mengemudi bahtera negara.

Lebih-lebih lagi, katanya Pakatan Rakyat berjaya membuktikan kemampuan mentadbir di empat negeri, iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang.

Sehubungan itu, beliau menggesa jentera Pakatan Rakyat terus memantapkan kemaraan bagi menyelamatkan negara.

"Pilihan raya akan datang bukan soal Pakatan Rakyat menang atau kalah, tapi soal adakah rakyat mahu selamatkan Malaysia dari tangan BN yang melakukan kerosakan.  Jadi, jentera Pakatan Rakyat perlu bekerja keras bagi memastikan negara dapat diselamatkan," tegas beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.