Pemuda Umno dan NGO buat laporan polis terhadap Nizar
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
SENAI – Kesediaan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi mohon maaf dan beri penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan nombor pendaftaran WWW 1 disifatkan sebagai tindakan terlewat.

Ketua Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung), Abdullah Md Yusuf berkata, kesediaan Mohammad Nizar memohon maaf membuktikan dirinya bersalah. “Perkara memohon maaf ini agak terlewat,  kerana kami rakyat Johor telah buktikan taat setia dan sayang pada tuanku dengan kehadiran 30,000 rakyat berhimpun tidak kira kaum Melayu, India, Cina dan sejurus selepas itu Nizar sendiri buat kenyataan mohon maaf mengakui  kesalahannya.


“Jika beliau (Nizar) berniat memohon maaf kepada ultan, itu hak beliau. Namun kami rakyat Johor benar-benar  terguris dan permohonan maaf juga perlu ditujukan kepada kami (rakyat Johor) secara terbuka,” katanya, semalam.


Abdullah berkata, Himpunan Taat Setia terhadap Sultan Johor diadakan Ahad lalu, merupakan suara rakyat yang tersinggung atas kenyataan Mohammad Nizar.


Sementara itu, Setiausaha Sulit Kepada Sultan Johor, Jaba Mohd Noah berkata, setakat ini tiada permohonan secara rasmi menghadap tuanku diterima.


Kelmarin, Mohammad Nizar memberitahu, pihaknya akan hantar surat permohonan rasmi bagi menghadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar