Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ditumbuk penguat kuasa ketika hantar nenek ke hospital



17 Rejab 1433H. [MOD] -

JASIN – Lebih 20 orang menyertai demonstrasi bantahan secara aman yang didakwa bagi membantah tindakan samseng penguat kuasa terhadap seorang pelajar sekolah di depan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jasin, baru-baru ini.

Pelajar sekolah itu, Ravee Tharan Jengathiswaran, 15, berkata, dia ditahan oleh JPJ ketika memandu kereta bagi menghantar neneknya ke Hospital Jasin dalam keadaan berpakaian seragam sekolah.

Menurutnya, dalam kejadian itu, dia ditumbuk di mulut oleh anggota JPJ sehingga berdarah dan diarahkan melutut di atas jalan raya.

"Selepas memberhentikan kereta, secara tiba-tiba saya ditumbuk sebelum ditarik keluar tanpa berselipar dan diarahkan melutut di jalan raya sedangkan saya masih berpakaian sekolah.

"Saya juga disaman selain kereta turut ditarik oleh pihak JPJ," katanya. Jengathiswaran berkata, selepas kejadian itu dia membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin untuk tindakan lanjut.

Sementara itu bapanya, B Ravee Tharan berkata, laporan polis sudah pun dibuat lebih seminggu tetapi sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil.

Menurutnya, dia tidak akan mengambil kembali keretanya di JPJ selagi perkara ini belum selesaikan.

"Saya tidak berpuas hati dengan apa yang penguat kuasa terbabit lakukan kepada anak saya sehingga sanggup menumbuk kemudian memalukan dia dan membiarkan anak saya dan neneknya berjalan kaki dari bulatan Pekan Jasin ke Hospital Jasin.

"Apa yang berlaku begitu memalukan dan saya mahu membuat saman malu kepada mereka yang terlibat," katanya.

Difahamkan, sebelum kejadian, nenek Jengathiswaran, Vijaya Letchumi, 59, terpaksa meminta tolong cucunya menghantar dia ke hospital kerana mengalami sesak nafas dan turut terkejut dengan tindakan pegawai yang di luar batasan itu.

Sinar Harian

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.