Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kakitangan DBKL didakwa mencederakan seorang penyelia dengan spanar

June 05, 2012
 
KUALA LUMPUR, 5 Jun — Seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan mencederakan seorang penyelia tapak projek dengan menggunakan sebatang spanar, bulan lepas.

Mohd Safiy Borhan, 26, dari Bandar Tun Razak, Cheras didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Tung Kok Wei, 38, di Jalan 3/124 Taman Connaught, Cheras dekat sini pada 8.30 malam 19 Mei lepas.

Mohd Safiy, yang bekerja sambilan sebagai pemandu teksi, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Shashitah Mohd Hanifa menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Mohd Safiy, yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan dia tidak berpendapatan tinggi serta menanggung ibunya yang tidak bekerja.

Hakim SM Komathy Suppiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai depan untuk sebutan semula kes. — Reuters

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.