Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kes plet kereta. Komen seorang Melayu tak bersultan!

0
0
  
oleh: Mazwandi

Saya bukan rakyat Johor.

Saya lahir di KL. Melayu yang tidak berSultan.

Sepatutnya, Sultan Selangor adalah Sultan saya, tetapi memandangkan Kuala Lumpur telah di Pusatkan, maka saya adalah kategori manusia Melayu tidak berSultan.

Maka, adakah saya akan dikategorikan Melayu kasta rendah? Pelik.

Sekarang, saya hendak bercerita tentang ayah saya pula. Ayah saya pun manusia Melayu yang tidak berSultan. Orang Melaka. Mana ada Sultan. Jasin lagi. Walaupun sempadan dengan Tangkak, negeri Johor, tetap ayah saya dilahirkan Melayu yang tidak berSultan.

Kecuali ibu saya. Beliau manusia Melayu berasal dari Perak. Bukan setakat Perak, malah ibu saya dilahirkan di kota DiRaja Perak, Kuala Kangsar. Namun, oleh kerana manusia sejak azali lagi menguatkan keturunan dari belah bapa, maka saya telah dianggap oleh manusia-manusia Melayu, kaum Melayu yang tiada Sultan.

Maka, oleh kerana saya tiada Sultan, dan saya juga Melayu, ingin juga saya mengomen tentang bidaan setengah juta RM oleh Sultan Johor. Boleh ke komen, kritik dan bercerita tentang Sultan?

Apa pasal pulak tidak boleh kritik Sultan? Adakah orang Melayu mengkategorikan Sultan itu seperti Nabi yang tidak boleh dikritik? Adakah Sultan dianggap maksum untuk melakukan apa-apa perkara?

Saya rasa, jawapan yang akan diberi oleh para Sultan yang memegang kuasa Sultan itu pasti akan menjawab, rakyat dibawah naungan Sultan boleh mengkritik dan menasihati Sultan. Kerana tanpa rakyat, manakan ada Sultan. “Tidak ada rakyat, tiadalah raja. Raja dan rakyat berpisah tiada,” Saya pasti, kesemua Sultan berfikiran demikian. Ini adalah kerana. mereka juga adalah manusia biasa yang membuat kesilapan.

Ini terbukti dengan apa yang dititahkan oleh Sultan Johor kelmarin. “Raja dan rakyat berpisah tiada”.

Namun, apa yang hendak diketengahkan oleh saya, manusia Melayu yang tiada berSultan ini adalah, adakah betul tindakan Sultan Johor membida sehingga RM520,000 untuk sebiji plat kereta? Apakah tindakan seorang Sultan, yang bertitah, menggunakan duit sendiri untuk bidaan itu, satu tindakan yang benar?

Ada manusia yang berkata, jika tokey Cina yang membida plat nombor itu sehingga setengah juta, adakah orang Melayu akan kecoh seperti bidaan Sultan Johor itu? Maka saya jawab, adakah tanggungjawab tokey Cina itu untuk memastikan rakyat negeri Johor hidup bahagia dan sejahtera? Adakah tokey Cina itu telah diamanahkan oleh rakyat jelata untuk melindungi mereka dari malapetaka?

Sultan adalah satu ‘pekerjaan’ yang diamanahkan untuk menjaga tanah jajahannya yang diduduki oleh rakyat jelata. Jika ada seorang rakyat yang dizalimi didalam negeri Sultan, maka Sultan itu akan menaggung dosa dan akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak. Begitu jugalah dengan pemimpin-pemimpin yang lain.

Oleh itu, adakah agaknya, diakhirat kelak, soalan dari malaikat kepada Sultan Johor berkenaan bidaan 1/2 juta RM itu akan dikecualikan?

2 orang berkata:

Anonymous said...

Saya berasal dari Pulau Pinang, juga sebuah negeri tak bersultan atau ada yg panggil sebuah negeri republik...

~PakKaramu~ said...

Hu hu hu hu

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.