Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR dakwa tanah rizab Melayu dalam bahaya akibat penyenaraian bursa

June 06, 2012
 
PETALING JAYA, 6 Jun — PKR hari ini mendakwa status tanah simpanan Melayu Felda akan berdepan risiko melalui penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, tanah seluas 105,382 ekar berstatus Tanah-tanah Rizab Melayu (TRM) yang dipajakkan kerajaan kepada FGVH juga berkemungkinan jatuh kepada penguasaan asing melalui penyenaraian, sekaligus bertentangan dengan TRM yang mengekalkan hak milik Melayu dan Bumiputera.

"Melalui pajakan 99 tahun itu, hak milik dan hasil ekonomi tanah-tanah ini dipindahkan kepada syarikat dan status Bumiputeranya dipersoalkan.

"Malah, kesan daripada itu, ia juga akan menjejaskan pegangan tanah kawasan petempatan FELDA dan kesan besar kepada kebajikan peneroka," tegasnya.

Rafizi (gambar) turut menegaskan, jumlah tanah rizab Melayu itu adalah 16 peratus daripada keseluruhan 343,484.46 hektar tanah Felda Plantation Sdn Bhd yang dipajakkan dalam status "Tanah Sedia Ada."

Manakala, "Tanah Sedia Ada Tambahan" adalah tanah tidak bergeran yang merujuk kepada tanah untuk aktiviti sosial dan kemasyarakatan seperti tapak kedai, padang, surau, dan banyak lagi.

Status "Tanah Akan Datang" pula merujuk kepada semua tanah FELDA yang akan diperolehi pada masa akan datang.

"Pendedahan perjanjian ini mengesahkan dakwaan PKR bahawa tanah-tanah tidak bergeran di kawasan FELDA telah pun dipajakkan kepada sebuah syarikat yang dimiliki secara majoriti oleh pelabur swasta.

"Sedangkan tanah-tanah ini adalah sumber nadi masyarakat FELDA," tambahnya lagi.

Tambahnya lagi, prospektus FGVH juga jelas menunjukkan pegangan peneroka dan kakitangan FELDA hanya 5.5 peratus sedangkan sejumlah besar saham diperuntukkan kepada syarikat dan individu asing bukan berstatus Bumiputera.

Rafizi turut mempersoalkan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad bahawa tanah-tanah ini tidak dijual kelak.

"Apakah jaminan kedai-kedai runcit yang didirikan di kawasan tidak bergeran ini tidak akan dirobohkan FGVH?" soalnya.

"Ini mendedahkan pembohongan Najib dan Isa bahawa tanah warga FELDA tidak akan dipajak dalam proses penyenaraian FGVH," tegasnya lagi.

Pada 8 Mei lalu, Najib telah mengumumkan "durian runtuh" bagi peneroka, isteri peneroka, dan generasi kedua berjumlah RM15,000 ekoran daripada penyenaraian tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.