Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PM akui lebih banyak perlu dilakukan untuk keselamatan awam

June 12, 2012
KUALA LUMPUR, 12 Jun – Lebih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan Malaysia bebas dari jenayah, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini, dua hari selepas menteri Kabinetnya menegaskan dua kejadian jenayah baru-baru ini bukanlah kayu pengukur untuk kadar jenayah.

Perdana menteri itu (gambar) memberikan jaminan kerajaan mengambil berat dengan “setiap jenis jenayah, termasuk ke atas wanita,” walaupun kadar jenayah di negara ini dikatakan telah menurun.
“Kadar jenayah telah menurun, namun lebih banyak yang perlu dilaksanakan untuk memastikan rakyat berasa lebih selamat,” katanya dalam satu sesi perbualan Internet “NST Live” bersama akhbar bahasa Inggeris tersebut.

Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan kadar jenayah negara tidak meningkat walaupun timbulnya kerisauan dalam kalangan rakyat, dengan menegaskan dua insiden sebelum ini hanyalah kes terpencil.

Beliau menambah hanya dengan beberapa kes itu hanya akan mewujudkan persepsi Malaysia sebagi negara tidak selamat, namun, data menunjukkan sebaliknya.

“Jumlahnya tidak bertambah. Satu atau dua kes ... tunjukkan saya satu negara yang tidak berlaku kes penculikan.

“Jangan mengeksploitasi kejadian itu untuk menjadikannya bersifat politik,” katanya kepada pemberita, merujuk kepada insiden ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Wong Chin Huat, yang cedera diserang semasa berjoging di Petaling Jaya emalam.

Manakala, seorang guru, Teoh Soo Kim, 51, cedera parah selepas mengalami kecederaan di kepala akibat pergelutan pada Rabu.

“Dua kes itu tidak akan memberikan kesan terhadap Kunci Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan jenyah,” kata Naib Presiden Umno itu.

Ditanya bagaimana kadar penurunan jenayah diukur, beliau berkata: “Ia diukur oleh badan antarabangsa. Jika masyarakat sudah prejudis, tiada maknanya saya menunjukkan bagaimana ia diukur,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan telah “berjanji” untuk menurunkan kadar jenayah jalanan, dan ia tidak termasuk kadar jenayah lain.

“Apabila kami memulakan NKRA ada 50 kawasan hotspot jenayah. Apa yang kami janjikan adalah jenayah jalanan ... (Sekarang) kawasan lain perlu diberi perhatian.”

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.