Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 13 Jun 2012

Dakwaan Muhyiddin "BN Dalam Bahaya" tepat

Pemimpin Umno-BN makin cemas dengan sokongan pelbagai lapisan rakyat terhadap Pakatan Rakyat khususnya PAS di seluruh negara. Ia dapat dilihat daripada penjenamaan semula "samseng jalanan" oleh Umno-BN yang berselindung disebalik nama-nama NGO untuk menakut-nakutkan rakyat menghurungi program Pakatan, dakwa Naib Yang DiPertua PAS Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam sewaktu berceramah di Markas PAS Kawasan Tampin, Repah 9 Jun lalu.
Katanya, selain petani, nelayan, pesawah padi, peniaga, pegawai kerajaan kini PAS diyakini sehingga bekas pegawai tinggi kerajaan serta artis dan pelakon turut bertekad menyertai parti Islam itu. Mereka termasuklah bekas Pengarah Pelajaran Perak, Dato Adnan Ibrahim; bekas OCPD Slim River, Abdullah Omar; bekas Pengarah JSJ Bukit Aman, Dato' Fauzi Shaari, Laksanama (B) Imran Abdul Majid, dan bekas KSU Kementerian Koperasi, Tanah dan Wilayah, Prof Dato Dr Nik Mohd Zin.
 
"Sepatutnya tuan-tuan di Negeri Sembilan ini... memasukkan Aishah ke dalam PAS. Tapi saya dan rakan-rakan di Batu pulak yang mengPASkan beliau," usiknya berseloroh. Tarmizi adalah pencadang kepada keahlian Aishah dan Dato' Ismail Yahya sebagai penyokong.
 
Bagi menutup pengaruh kian hebat melanda PAS dan Pakatan, Umno menggerakkan samseng yang diupah untuk mencetuskan huru-hara setiap kali program ceramah diadakan di tempat-tempat tertentu, katanya. Tidak hairanlah, TPM Muhyiddin Yassin sendiri melahirkan rasa takut kononya "BN dalam bahaya" menghadapi PRU-13 tidak lama lagi.
 
Tarmizi menegaskan, katakutan BN itu berasas kerana kajian yang dibuat banyak pihak termasuk Tun Daim Zainuddin sendiri hampir meramalkan BN akan kalah teruk dalam PRU-13 dan ini akan memboleh kerajaan Pakatan Rakyat membentuk polisi baru yang lebih telus dan bersih yang memungkinkan mana-mana pemimpin Umno-BN yang korup akan diseret ke mahkamah terbuka.
 
Turut berceramah Adun Repah (DAP) V Verapan; pemimpin pelajar SMM, Khaled Ismath dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Khairil Wafa, Timbalan YDP PAS Tampin, Ali Maaruf. Sementara Prof Dr Aziz Bari tidak hadir atas sebab-sebab tertentu. Moderator malam itu ialah NYDP PAS Tampin, Razak Othman yang juga bakal calon PAS Parlimen Tampin. Lebih 500 penduduk tempatan hadir.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.