Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
16 June 2012
6 Pendapat
KeadilanDaily
PETALING JAYA 16 Jun: Saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis kerana sapina terhadapnya telah dikeluarkan, kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.
Saksi berkenaan katanya, adalah Jasbir Singh Chal, bekas Pengarah Perimekar Sdn Bhd yang juga pembantu kanan Abdul Razak Baginda.
Cynthia mengumumkan perkara itu di akhir Majlis Makan Malam Kutipan Dana Ops Scorpene anjuran Suaram yang dihadiri kira-kira 1000 orang, malam tadi.
“Kita patut merasa gembira dengan perkembangan kes ini kerana saksi pertama iaitu Jasbir Singh, saksi yang terlibat dan mengetahui banyak maklumat akan dipanggil ke mahkamah (Perancis) kerana sapina sedang dalam perjalanan ke rumahnya,” kata Chynthia.
Menurut Chynthia beliau difahamkan Jasbir bersetuju untuk memberi kerjasama bagi membantu perjalanan kes itu.
Selain Jasbir, individu lain yang akan turut dipanggil termasuk Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak; pemilik Perimekar Sdn Bhd dan Terasasi (HK) Limited, Abdul Razak Baginda serta isteri dan bapanya.
“Kes ini semakin terdedah sedikit demi sedikit, secara perlahan-lahan, jadi agak kurang bijak bagi seorang menteri pertahanan untuk mengatakan tidak terlibat,
“Manakala seorang timbalan perdana menteri berkata ‘no comment’ dan tindakan bodoh untuk seorang Perdana Menteri berkata ‘saya tidak perlu jawab,”  kata Chyntia sinis.
“Disebabkan itu tema kita pada malam ini (majlis makan malam) ialah ‘you can run but you cannot hide’ yang bermaksud ‘anda boleh lari tetapi anda tidak akan boleh sembunyi’ dengan makna tersirat ditujukan kepada pengkhianat negara yang terlibat,” jelasnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.