Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Skandal dinar dakwaan karut, Husam mahu saman

18 Jun 2012
KOTA BHARU- Kenyataan yang mendakwa syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham, Golden Trade Sdn Bhd terlibat dengan kemelut salah laku yang membabitkan seorang pegawai kanan syarikat itu adalah karut.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, dakwaan itu seratus peratus tidak benar kerana pihaknya tidak pernah dipanggil polis memberi kenyataan berhubung salah laku seperti yang dikatakan.


"Laporan polis yang dikatakan sehingga ke hari ini tidak ada mana-mana pegawai kita diminta polis untuk memberikan apa-apa kenyataan dan yang saya langsung tidak mengenali kedua-dua nama yang disebutkan," katanya

kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham di Kelantan Trade Center (KTC) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa KTG terlibat dengan skandal salah laku.
 
Sehubungan itu, Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, pihaknya akan mempertimbangkan tindakan menyaman akhbar terbabit serta bloger Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang menyiarkan dakwaan itu blognya semalam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.