Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Syarat, peraturan bentang manifesto di RTM diumum selepas parlimen bubar

June 07, 2012
 
KUALA LUMPUR, 7 Jun — Butiran terperinci mengenai peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi setiap parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), akan dikeluarkan selepas pembubaran Parlimen.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata syarat dan peraturan itu perlu diikuti agar setiap parti politik mempunyai pengertian mengenai amalan berlandaskan nilai-nilai murni yang boleh diterima pakai dalam dunia penyiaran tv dan radio.

“Semua pihak yang ingin mengemukakan manifesto parti masing-masing terikat dengan beberapa prinsip peraturan dan juga apa yang disebut sebagai ikatan sosial yang ada dalam pegangan pihak berkuasa seperti RTM dan juga stesen tv dan radio yang lain.

“Huraian terperinci akan diumumkan apabila masanya sampai setelah diberi isyarat oleh pihak-pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ia juga bergantung kepada bila Dewan Rakyat dibubarkan. Apabila itu berlaku, khidmat ini akan kita sampaikan kepada semua yang berhak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Penyerlahan Amalan Nilai-Nilai Murni 1Malaysia' terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di sini hari ini.

Semalam, Rais berkata perkara itu diputuskan setelah kertas Kabinet berhubung permintaan mendapatkan akses sama rata terhadap media bagi parti-parti politik yang mahu membentangkan manifesto pilihan raya diluluskan Jemaah Menteri.

Beliau berkata pengisian berita juga akan dipantau bagi mengelak mana-mana pihak mendakwa bahawa stesen penyiaran kerajaan itu berlaku tidak adil.

“RTM adalah (stesen) penyiaran kerajaan, justeru kerajaan yang mempunyai kuasa mewujudkan kemudahan ini mempunyai beberapa tahap kepentingan dan huraian tertentu yang seharusnya dihormati,” katanya.

Dalam pada itu, Rais menarik perhatian bahawa sudah tiba masanya program-program yang menjurus kepada penerapan nilai-nilai positif dan menjaga keharmonian kaum di tanah air diperbanyakkan.

Beliau turut menyarankan supaya JASA menerbitkan buku yang memaparkan nilai-nilai murni bersaiz poket agar senang dirujuk.

Terdahulu, Ketua Pengarah JASA Datuk Fuad Hassan berkata buku yang dilancarkan hari ini bertujuan mengajak masyarakat ke arah kebaikan dalam mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara yang beridentitikan kepelbagaian kaum, agama dan budaya.

Buku itu memaparkan teknik gambar yang dapat memberi pengertian lebih jelas kepada masyarakat terutama golongan pelajar mengenai amalan nilai-nilai murni.

Rais turut menyampaikan 11 Anugerah Penyerlahan Amalan Nilai-Nilai Murni kepada beberapa penerima termasuk jurukamera stesen tv Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh yang cedera ketika cuba menyelamatkan anggota polis pada perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara 28 April lalu.

Turut menerima anugerah itu ialah allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV yang terkorban ketika membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia tahun lepas.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.