Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wanita baru dibuang kerja memandu dalam keadaan histeria

 

 June 05, 2012

GEORGE TOWN, 5 Jun — Seorang wanita didapati memandu dalam keadaan histeria sambil mengacukan pisau di lehernya di Jalan Delima 7, Taman Island Glades di sini awal hari ini.

Pihak polis yang diberitahu mengenai perkara itu akhirnya memintas kereta berkenaan setelah mengejar hampir 20 minit.

“Sebuah kereta peronda pada mulanya dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan dan polis cuba memujuknya supaya membuka pintu kereta tersebut, namun wanita itu enggan berbuat demikian sebaliknya terus memecut  keretanya,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng.

Wanita berusia 27 tahun itu juga dilihat meletakkan pisau dilehernya.
Beliau berkata wanita berkenaan seperti berada dalam keadaan histeria dan memandu begitu laju sebelum polis berjaya memintas keretanya.

Gan berkata hasil siasatan awal mendapati wanita itu baru sahaja dibuang kerja sebagai jurujual minyak kereta.

Keadaanya dlaporkan masih tidak stabil dan sedang dirawat di Pulau Pinang. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.