Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Wanita Saudi semakin kaya
Font: [ BB B M S ]
Dunia Dunia 2011-12-07 08:55 Click: 161 Disediakan oleh Berita Harian
PEMBABITAN wanita Arab Saudi dibidang ekonomi semakin penting berikutan nilai pelaburan yang kian meningkat.
PEMBABITAN wanita Arab Saudi dibidang ekonomi semakin penting berikutan nilai pelaburan yang kian meningkat.
Aset persendirian di negara Teluk dan Asia Barat dianggarkan RM125.6 bilion

RIYADH: Seorang pakar mendedahkan aset tunai yang dimiliki wanita Arab Saudi kini bernilai AS$12 bilion (RM37.5 bilion). Sebagai tambahan, jumlah kekayaan persendirian wanita di negara Teluk dan Asia Barat dianggarkan AS$40 bilion (RM125.6 bilion). “Penyertaan Wanita Teluk dalam bidang ekonomi menjadi semakin penting kerana pembabitan mereka dalam pelaburan meningkat kepada kira-kira AS$500 bilion (RM1.5 trilion),” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Changing Our World, Michael Hoffman.

Beliau membuat pendedahan ini dalam syarahannya yang dipetik laman web www.yallafinance.com.

Beliau bercakap mengenai masa depan dan aspirasi untuk tahun baru terutama yang berkaitan sumber kewangan dan penyelesaian sesuai pada peringkat antarabangsa.

Selain itu, Hoffman turut membentangkan statistik mengenai potensi besar pelaburan yang diuruskan wanita seluruh negara yang beliau anggarkan bernilai kira-kira AS$20 trilion (RM62.5 trilion), menambah sembilan peratus daripada aset dimiliki wanita dan kadar ini dijangka meningkat dalam dekad akan datang.

Dalam perkembangan lain, Arab Saudi berada di tangga keempat ekonomi terbesar dari segi simpanan keseluruhan sehingga akhir 2010 dengan jumlah simpanan termasuk emas sebanyak SR 1.7 trilion (RM1.4 trilion).

Hoffman menambah sepanjang tempoh 10 bulan pertama pada 2011, jumlah simpanan kewangan negara itu meningkat sebanyak 18 peratus menjadikannya SR1.97 trilion (RM1.64 trilion). – Agensi

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.