Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, June 13, 2012

Masalah besar di Lubuk BN: Khabar angin lompat parti semakin bertiup kencang!

 
Kekecewaan sedang menyelubungi Sabah dan semakin dirasai oleh keseluruhan rakyat negera ini.

Spekulasi mengenai 6 pemimpin tempatan yang akan menyertai PKR sedang hangat diperkatakan. Anwar, pemimpin PKR yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa beliau sememangnya ada membuat perjumpaan dengan para pemimpin yang dijangkan bakal bertukar haluan ini.

“Sekiranya semua khabar angin ini terbukti benar, dan saya ingin menekankan perkataan “Khabar angin” di sini, ia akan menjadi masalah besar buat BN,” ujar timbalan presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle. Beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini.

Pertukaran oleh pemimpin Sabah ini adalah disebabkan oleh kegoyahan BN di Malaysia Timur yang menginginkan perubahan dan ini sememangnya satu tamparan buat Najib Razak dan bakal merosakkan peluang beliau pada pilihan raya ke 13 nanti.

Ia juga bakal menjadi pemangkin kepada pertukaran kerajaan memerintah setelah 55 tahun.

Taruhan besar semestinya ramai musuh


Tidak dinafikan PKR sememangnya berhadapan dengan ramai musuh di Malaysia Timur, bukan sahaja daripada Pakatan BN tetapi juga daripada bekas ahli yang telah menubuhkan parti mereka sendiri seperti Jeffrey Kitingan yang kini presiden kepada parti baru Star.

Untuk memberi saingan kepada Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS; BN telah menubuhkan banyak lagi parti untuk memastikan agar undi rakyat Sabah akan terbahagi.

Pada hari Ahad yang lalu, seluruh Negara digemparkan dengan spekulasi bahawa Anwar akan mengumumkan identiti enam orang pemimpin itu dalam satu siding akhbar setelah sebuah portal akhbar membongkar cerita lompat parti tersebut.

Antara yang dikatakan akan meninggalkan BN untuk menyertai PKR adalah timbalan presiden UPKO dan Ahli parlimen Tuaran, Wilfren M Bumburing, naib presiden UPKO, Senator Maijol Mahap; bekas ketua menteri Sabah, Osu Sukam, bekas adun Banggi, Amir Kahar Mustapha dan juga bekas menteri federal Kasitah Gaddam.

Ya, kami ada berjumpa


Tetapi Anwar datang, merasmikan forum bertajuk ‘Citizen Rights- Constitutional and Religious Perspective’ dan membuat siding media tanpa apa-apa pengumuman besar. Beliau kemudiannya menghadiri majlis makan malam Amal PKR Sabah.

Menurut Borneo Post, apabila ditanya semasa siding akhbar jika ada komunikasi antara beliau dengan para pemimpin yang disebut itu, Anwar menjawap,” Sudah tentu kami ada berkomunikasi banyak orang, Kami telah berjumpa dengan ramai individu dari masa ke masa termasuk yang disebut. Itu sahaja.”

Bila ditanya sekiranya beliau boleh mengesahkan akhbar mengenai pemimpin Sabah yang dikhabarkan akan melompat parti, beliau

mengatakan bahawa beliau tidak membuat kenyataan itu.
Beliau juga ditanya jika beliau menjangka Bumburing akan menyertai PKR, Anwar menjawap: “Kami kena Tanya dia sendiri.”

Sabah sekarang dipimpin oleh Musa Aman, ahli UMNO yang dicemari reputasinya oleh rasuah. Beliau adalah sama seperti ketua
menteri Sarawak, Taib Mahmud yang tidak popular dan dituduh mengaut keuntungan berbillion-billion dan dikritis sehingga peringkat antarabangsa.


Spekulasi juga bertiup kencang bahawa Najib ingin menggantikan Musa dengan Shafie Apdal, menteri Pembangunan Luar B
andar. Bagaimanapun, selepas tersebarnya skandal seks Shafie dengan pelakon Zahida Rafik, Najib terpaksa melupakan rancangannya itu.

Penerbangan di alihkan ke Labuan

Menurut Anwar, beliau sepatutnya menghadiri majlis di Kota Belud di mana dia dan Bumburing telah dipelawa untuk menghadiri.

“Walaubagaimanapun, saya terpaksa membatalkan perjalanan ke Kota Belud kerana penerbangan yang sepatutnya sampai ke Kota Kinabalu pada pukul 1 petang telah dialih arah ke Labuan dan dutunda selama dua setengah jam.


“Saya telah dijemput untuk hadir bersama beliau (Bumburing) tetapi saya tidak dapat hadir. Saya sepatutnya boleh sampai ke Kota Kinabali pada pukul 3 petang tetapi disebabkan hujan, saya sampai (di Kota Kinabalu) pada pukul 5 petang,” kata beliau.

Mengenai pertukaran yang beliau katakan akan berlaki di Sabah, Anwar berkata bahawa negeri itu telah menjadi semakin peka dan rakyat telah menjadi lebih kritikal.

Sabah kekal antara salah sebuah daripada 13 negeri termiskin di Malaysia walaupun ia kaya dengan sumber kayu balak
dan minyak. Rakyat Sabah menuduh kerajaan persekutuan BN mencuri kekayaan itu.

Satu lagi isu hangat adalah kebanjiran warga asing di Sabah yang dikatakan sudah mececah jutaan sejak 80-an dan 90-an

selepas bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad member lampu hijau untuk mereka menjadi penduduk tetap sekiranya mereka mengundi BN.
‘Projek M’ itu telah menyukarkan rakyat Sabah yang telah menjadi seperti diasingkan dalam strata sosial dan juga berebut peluang pekerjaan dengan pendatang haram ini. 

Kadar jenayah tinggi, kekurangan keperluan asas dan kekejaman fizikal adalah antara masalah utama yang dihadapi rakyat.

Malaysia Chronicle

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.