Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP gesa Najib arah siasatan peningkatan kos KLIA2

July 04, 2012
KUALA LUMPUR, 4 Julai — DAP hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan siasatan dijalankan terhadap peningkatan kos Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang telah meningkat sehingga mencecah RM5 bilion.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, Najib perlu siasat peningkatan kos tersebut yang mencecah hampir 200 peratus daripada jumlah asal yang dikemukakan Kementerian Pengangkutan pada 2007.

"Kos pembinaan asal KLIA2 yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, pada Julai 2007 adalah bernilai RM1.7 bilion, dan jumlah itu telah meningkat kepada RM2.0 bilion pada Mac 2009, kemudian RM2.5 bilion pada Oktober 2010," tegas Tony (gambar) lagi dalam satu kenyataan hari ini.

"Pada hujung tahun lalu, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah membuat kejutan apabila mendedahkan kos pembinaan KLIA2 itu telah meningkat kepada RM3.9 billion," tegas Tony.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga menjelaskan,"kos baru ini telah menyaksikan peningkatan sebanyak hampir 200 peratus daripada jumlah asal pengumuman pembinaan lapangan terbang tersebut."

Tony dalam kenyataan itu juga menegaskan, dengan peningkatan yang berlaku dalam pembinaan KLIA2 itu, ia bakal menjadi lebih besar daripada skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang mengalami peningkatan kos daripada RM1.1 billion kepada RM12.5 billion.

Menurut Tony, pihaknya juga telah menuntut penjelasan daripada kementerian berkenaan berhubung pemindahan tapak asal pembinaan sayap Utara KLIA2 kepada sayap Barat KLIA2 sekarang yang menjadikan kos pembinaan melambung tinggi, kerana tapak itu berada di kawasan paya.

"Malangnya, menteri itu enggan memberikan sebarang maklumat dalam jawapannya di Parlimen, malah mengarahkan isu itu tidak dibangkitkan kerana keputusan pemindahan itu adalah "berdasarkan Blue print KLIA pada 2008."

Perpindahan itu jelas Tony telah menyaksikan tambahan kos yang mana menteri mendakwa "kos telah meningkat sebanyak RM773 juta, namun dipercayai jumlah berkenaan adalah lebih tinggi."

"Malah, saya juga telah menuntut kos pembinaan KLIA2 dan Kementerian Pengangkutan disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) sejak tahun lalu. Bagaimanapun, ianya tidak dilaksanakan," kata Tony.

Beliau turut menyuarakan rasa kecewa terhadap Chong Ha, yang telah berjanji untuk menemui pemimpin pembangkang sejak tahun lalu berhubung isu pembinaan lapangan terbang tersebut, namun sehingga kini masih lagi tiada sebarang maklum balas.

"Malah, menteri pengangkutan masih lagi tidak menunaikan janjinya untuk menemui ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara itu sejak tahun lalu."

"Demi kepentingan akauntabiliti dan ketelusan, perdana menteri perlu arahkan siasatan penuh terhadap pembinaan lapangan terbang yang dikatakan "kos rendah" itu dan memastikan pihak yang bertanggungjawab dipecat, termasuk menteri pengangkutan," tambahnya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.