Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BELUM MERDEKA DIHARI MERDEKA !

Rabu, 1 Ogos 2012

SAMM cadang boikot Sambutan Kemerdekaan Edisi Ke-55

Buat kali pertama dalam sejarah, sambutan Hari Kemerdekaan telah dicemari oleh kepentingan politik kepartian yang melampau. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa agar sambutan hari kebangsaan dengan tema dan logo yang mengarut ini diboikot serta merta.

Tema hari kebangsaan 'Janji Ditepati' yang diambil daripada tema jelajah Bn dilihat S
AMM sebagai sangat keterlaluan, adalah lebih baik sekiranya regim terus menggunakan tema 'Undilan Bn' sempena menghampiri tempoh mati bagi parlimen dibubarkan dan seterusnya pilihanraya dijalankan.

Hari kebangsaan atau Hari Kemerdekaan sepatutnya disambut oleh semua rakyat dalam negara ini merentasi batasan agama dan bangsa, apatahlagi warna kepartian. Namun sambutan tahun ini begitu memualkan apabila regim Bn yang telah benar-benar terdesak melacuri Hari Kebangsaan dengan menjadikan sambutan sebagai pentas kempen dan dengan tema jelas kepartian. Bagi SAMM, ini semakin melengkapkan syarat kejatuhan sesebuah regim.

SAMM juga menyeru kepada semua negeri Pakatan Rakyat agar sambutan hari kebangsaan dengan tema dan logo mengarut ini tidak dibenarkan berlaku dalam negeri masing-masing. Sambutan di peringkat negeri PR seharusnya diwarnakan semula dengan lebih murni dan patriotik. SAMM menyeru semua anak muda dan rakyat prihatin agar turut memboikot sambutan kemerdekaan yang menjadi medan politik kepartian regim Bn. Hari Kebangsaan mahupun Hari Merdeka disambut setiap tahun untuk semua, bukan untuk disambut oleh segelintir penyokong sesebuah parti. Maka kerajaan negeri bukan dibawah regim Bn harus menerajui rakyat bertindak keras di atas kecelaruan yang ditimbulkan regim Bn.

Sudahlah selama hari ini sambutan merdeka disadur dengan sejarah kemerdekaan separuh masak yang hanya menampilkan tokoh-tokoh Umno sahaja, sedangkan sejarah menuntut kemerdekaan itu berlaku jauh lebih awal sebelum wujudnya Umno malangnya hanya Umno wujud dalam sejarah jasa negara sedangkan banyak bukti persekongkolan Umno dengan penjajah British dan yang jelas melawan dengan garis keras dilihat penjenayah dalam sejarah. Kini pula keadaan menjadi lebih parah apabila sambutan kemerdekaan itu dihiasi dengan tema syok sendiri dan logo sampah.

Jika kecelaruan dan pencabulan hari kebangsaan dibenarkan berlalu tahun ini sebegitu saja, yakinlah ia akan menjadi tradisi dan amat tidak baik bagi semangat pembinaan negara ini.

Sekian.

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.