Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Elizabeth: Kerajaan Selangor tetap akan ambil alih Syabas
 
Elizabeth Wong | Jul 19, 2012 06:32:17 pm
Keengganan Kerajaan Pusat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dalam jawatankuasa Jemaah Menteri isu air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang baru ditubuhkan mencerminkan telatah "partisan" dan berat sebelah mereka.

Sudah tentu Jemaah Menteri Kerajaan Pusat faham bahawa sebarang perbincangan yang tidak melibatkan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan mencapai keputusan yang bermakna.  Ini merupakan satu lagi contoh sikap penghalang Kerajaan Pusat: politik dan keuntungan kroni didahulukan, rakyat dibelakangkan.

Sejak 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan beberapa kertas cadangan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk menstrukturkan semula industri air di Selangor secara sempurna ataupun holistik.  Kegagalan Menteri KeTTHA Peter Chin untuk memberikan persetujuan kepada cadangan Kerajaan Negeri atas sebab-sebab politik yang merupakan halangan kepada penstrukturan semula ini.

Kerajaan Negeri Selangor dilantik untuk mewakili kepentingan dan hasrat warga Selangor.  Kami tidak memandang ringan tanggungjawab ini.  Ini bermakna kami tidak akan berdiam diri apabila sebuah syarikat swasta mencetuskan rasa panik di kalangan orang ramai dengan catuan bekalan air yang tidak berasas.

Mewakili kepentingan rakyat Selangor juga bermakna Kerajaan Negeri tidak akan terus dengan persetujuan konsesi yang membenarkan harga air melambung ke tahap yang luar kemampuan rumahtangga biasa di Selangor.

Niat kami jelas dan telus, iaitu untuk menjaga kepentingan dan hak semua warga Selangor.  Untuk mencapai objektif ini, pengambilalihan Syabas masih akan disegerakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

*Kenyataan media oleh Elizabeth Wong (gambar kanan) selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

nt


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.