Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday the 13th: FBI akan diserang.


  
Oleh: MSK

Diseluruh dunia, dunia sains  dari masa kesemasa membuat kejutan dengan penemuan-penemuan baru yang bakal merubah kehidupan. Dalam dunia teknologi pula, pelbagai teknik terkini digunakan…juga untuk merubah kehidupan. Tapi di Malaysia, kita masih lagi sebok dengan perkara remeh.

Kita bercakap tentang WWW1. Pasal lembu. Pasal cincin. Dan semalam, Utusan cuba pula spin pasal Imam Mahadi mengamuk di Putrajaya.

Cuba hangpa lari sikit dari politik..dan baca jugak tentang perkembangan teknologi dunia. Mungkin lepas ni kita tak perlu demo menentang SPR lagi dah. Mungkin kita tak perlu berkumpul depan KEMTA lagi dah. Kita boleh bebaskan semua tahanan ISA dari rumah kita saja. Kita boleh bagi warning kat SPR…”kalau hangpa tipu..hangpa lingkup.”

Hujung tahun lepas, European Organization for Nuclear Research (CERN) membuat kejutan apabila mengumumkan penemuan neutrinos, satu subatomic particles yang boleh bergerak lebih laju dari cahaya. Penemuan ini mengejutkan dunia tapi akhirnya, hujung bulan lepas, CERN mengumumkan bahawa “penemuan” itu masih belum boleh dibuktikan.

Beebrapa hari lepas, sekali lagi CERN mengumumkan penemuan Higgins Boson, satu lagi subatomic particles yang juga dikenali sebagai “God’s Particles”. Penemuan ini bakal mengubah pengetahuan manusia tentang kewujudan alam.

20-30 tahun dulu, Dr. Peter Higgins ditertawakan oleh semua pakar sains, tetapi sekarang..dia menjadi sanjungan.

Apa yang aku nak cerita kat sini bukan pasal penemuan Higgins Boson atau neutrinos..tapi tentang revolusi. Tak tau laa pasai apa..tapi mungkin pasai aku ni teringin sangat nak tengok revolusi. Dan insticnt aku merasakan bahawa revolusi itu akan berlaku tak lama lagi.

Tapi bukan macam Revolusi Oren atau Arab Spring. Walaupun aku selalu cakap bahawa revolusi akan berlaku di Malaysia, tapi aku tak setuju bahawa Revolusi Oren atau Revolusi Jasmine akan berlaku disini.

Revolusi akan berlaku, tapi bukan dengan pertumpahan darah. Kerajaan akan tumbang tapi bukan dengan pilihanraya. Perubahan akan berlaku tapi bukan dengan kekerasan. Manakala peperangan akan berlaku tapi bukan dengan ketenteraan. Ia akan berlaku melalui teknologi.

Pada 6 April 2012, Mediaperak dilancarkan.  Seminggu kemudian, mediaperak.com menjadi salah satu  agenda dalam mesyuarat Umno Negeri Perak. Pada 1 Jun, mediaperak down selama 3 hari sebab serangan yang tidak dapat dielakkan sehingga kami terpaksa berpindah server.

Pada 12 April, Malaysiakini juga down kerana serangan DDoS. Kemudian sekali lagi pada 8 Julai yang lalu. Bukan setakat Malaysiakini, malah banyak lagi laman-laman lain yang diserang.

Aku tak kisah sangat serangan-serangan terhadap laman-laman web yang anti Umno/BN…sebab aku tau, BN ada banyak duit untuk membayar pakar-pakar hackers diseluruh dunia. Tapi setakat mana kekuatan duit yang boleh digunakan? Bagaimana kalau pakar-pakar komputer berganding bahu menyerang sistem-sistem kerajaan?

Setakat ini, masih ramai hackers-hackers tidak menunjukkan minat tentang politik, tapi ia memerlukan satu percikan untuk menyemarakkan api revolusi.



Apa yang akan berlaku kepada Federal Bureau of Investigation (FBI) pada Jumaat, 13 July ini akan memberi kesan kepada penggunaan teknologi pemusnah.

13 Julai ini jatuh pada hari Jumaat. Ia juga dikenali sebagai Friday the 13th yang membawa pelbagai maksud yang kurang baik.

Pada hari Jumaat ini, sekumpulan hackers yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous akan melancarkan serangan DDoS terhadap laman FBI sebagai membalas dendam diatas kematian  seorang rakan hackers yang berumur 13 tahun.

Satu video amaran telah diberi melalui Youtube yang boleh dilihat disini.
Sebab-sebab serangan juga telah diberikan seperti dibawah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.