Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Harimau Malaya temu Arsenal tanpa tonggak utama
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
24 Julai 2012
Apek dan Safee Sali
Penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat (kiri) dan penyerang berbisa, Safee Ali (kanan) antara tonggak utama yang tidak dapat diturunkan kerana masih cedera. - foto Shazli
 
SKUAD Harimau Malaya bakal turun tanpa beberapa tonggak utama pada perlawanan persahabatan menentang Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur,  malam ini.

Ketiadaan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat; penyerang berbisa, Safee Ali dan  K.Gurusamy, yang masih cedera, seolah-olah memberi gambaran skuad kebangsaan bakal berdepan laluan berliku.


Bagaimanapun, pengurus pasukan Malaysia, Datuk Subhan Kamal menegaskan, beliau mempunyai senarai pemain simpanan yang boleh menggalas tugasan tersebut.


“Khairul Fahmi masih belum sembuh dari kecederaan, Safee Sali pula mengalami kecederaan buku lali yang bengkak. Tapi itu tidak menjejaskan keyakinan anak buah Datuk K. Rajagobal untuk beraksi cemerlang nanti.


“Kita sentiasa ada barisan pemain simpanan yang mantap. Dan, saya yakin mereka mampu mengalas tanggujawab itu dengan baik dan tidak akan mengecewakan semua orang," kata Subhan kepada Sinar Harian Online, hari ini.


Ketika ditanya sama ada Malaysia akan mengalami nasib yang sama setelah tewas 0-4 kepada Arsenal tahun lepas, Subhan menjelaskan, beliau yakin pasukan negara akan mencatat keputusan sekurang-kurangnya seri malam ini.


“Tahun lepas kita kalah sebab tidak mempunyai kesefahaman dengan pasukan Arsenal.


“Tapi, pada perlawanan malam ini, saya yakin kita akan memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding tahun lepas. Ini berdasarkan prestasi pemain yang kini berada dalam keadaan baik dan meningkat.


“Jadi, tidak mustahil kita mampu menyekat serangan Arsenal dan mencatat keputusan seri nanti," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.