Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Lima suspek dikenal pasti dalam insiden letupan bom di Sungai Golok

July 22, 2012
 
BANGKOK, 22 Julai — Polis Thailand telah mengenal pasti lima suspek yang dipercayai bertanggungjawab dalam kejadian serangan bom kereta yang mengakibatkan lapan orang cedera di Sungai Golok, Narathiwat, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis, Jen. Suwat Chan-it-tikul berkata identiti suspek berkenaan ialah Nazri Melee, Muhamadsakree Shaising, Budiman Matsaleh, Abdul Aziz Matsae dan Awae Ya.

Serangan itu dirakamkan dalam kamera litar tertutup (CCTV) di Sungai Golok, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, bom buatan seberat 50 kilogram telah disembunyikan di dalam sebuah kenderaan pikap yang diletakkan di hadapan rumah kedai di Jalan Jarenkhet, Sungai Golok, sebelum diletupkan dengan menggunakkan 'walkie-talkie'. — BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.