Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, July 9

AMUK DI JPM: Utusan kata suspek nak gulingkan kerajaan sambil laungkan takbir... JOM BACA

Pasangan mengamuk di perkarangan JPM
PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN
P/S : INI DARI SUMBER UTUSAN...TANG MENGAMUK, SAMURAI BERPASANGAN ITU BOLEH TERIMALAH..YANG LAIN-LAIN TU SUSAH SIKITLAH...YANG BAWAH NI PULAK DARI SINAR HARIAN
Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketikan dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.

Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.


Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka, namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.


Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.


Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.


Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.


Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.


Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis.


Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan.


Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.


Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.


Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya.


SUMBER :
SINAR HARIAN...

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.