Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ops Sikap Ke-26: Penguatkuasaan lebih tegas

18/07/2012 9:09pm

PULAU AMAN, Pulau Pinang – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi akan menggunakan pendekatan penguatkuasaan yang lebih tegas dalam Ops Sikap ke-26 sempena Aidilfitri bermula 10 Ogos ini.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, berdasarkan kajian selepas Ops Sikap ke-25 sempena Tahun Baru Cina, Februari lepas, pendekatan itu telah berjaya mengurangkan kadar kemalangan maut.

"Ops Sikap ke-25 merupakan kali pertama kita dapat menurunkan kadar kematian dan untuk Ops Sikap akan datang kita guna pendekatan sama dengan mengeluarkan saman dan kadar kompaun trafik yang tinggi,” katanya.

Salleh berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program ”Kepolisan Berprofil Tinggi” dengan penduduk Pulau Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Ops Sikap ke-26 selama 26 hari bermula 10 hingga 26 Ogos ini akan diadakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Dalam Ops Sikap ke-25, Februari lalu, penurunan sebanyak 155 kes kemalangan maut melibatkan 168 kematian dicatatkan berbanding Ops Sikap ke-24 iaitu 183 kes kemalangan maut membabitkan 199 kematian. – BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.