Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selebriti Dan Artis Dalam Pas Bukti Parti Itu Bukan Fanatik-Nasrudin



1 Ramadan 1433H,
SHAH ALAM, 20 JUL : Sambutan hangat dari kalangan selebriti tanah air terhadap perjuangan PAS sejak kebelakangan ini membuktikan parti itu bukanlah fanatik agama semata-mata dan menolak hiburan.
Menurut Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi, PAS berjaya memberi pemahaman kepada golongan selebriti dan masyarakat umumnya bahawa parti itu adalah fleksibel dan menerima hiburan berasaskan syarak.
Beliau berkata, masyarakat kini lebih bijak menilai dan tidak lagi dimomokkan dengan dakwaan Umno-BN yang kononnya PAS berfikiran sempit dan akan menyebabkan negara kucar-kacir sekiranya diberi peluang memerintah Malaysia kelak.
“Kita dimomokkan dengan dakwaan bahawa ramai golongan selebriti akan diasingkan daripada PAS, kononnya kalau PAS memerintah negara, mereka akan kehilangan punca rezeki dan periuk nasi mereka akan ditutup.
“Tetapi, kita menjelaskan apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dibenarkan oleh syarak. Ternyata mereka berjaya memahaminya dan menyertai perjuangan PAS untuk menegakkan Islam di tanah air ini,” katanya ketika menjawab soalan moderator semasa Debat Sinar di Auditorium Karangkraf, di sini petang tadi.
Debat itu  menggandingkan Nasrudin bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya untuk membincangkan Topik PRU13: Orang Muda Pilih Siapa.
Debat berkenaan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.
Sementara itu ketika menjawab soalan moderator berhubung pemilihan calon PAS dari kalangan artis, Nasrudin berkata, ia tertakluk di bawah keputusan jawatan kuasa Pas untuk menilai karaktor dan kewibawaan seseorang individu untuk menjadi pemimpin.
Katanya lagi, populariti bukan menjadi pengukur yang menentukan seseorang itu layak diangkat sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
“Bukan makna apabila dia menjadi tokoh atau selebriti, maka dia akan diangkat menjadi calon dalam pilihan raya.
“Itu adalah soal teknikal, dalaman parti kita akan putuskan. Yang pasti kita akan berikan yang terbaik kerana kita tidak mahu calonnya nanti tidak telus dan tidak adil,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan golongan muda kini semakin berani membuat pilihan dan mahukan perubahan dalam pentadbiran negara.
Beliau berkata, golongan muda semakin jelak dengan fahaman politik yang berasaskan emosi dan auta, sebaliknya mereka mahukan politik ilmu dan fakta.
Selain itu katanya, pemimpin yang dipilih juga haruslah mempunyai asas agama yang baik serta bermoral untuk memastikan pentadbiran negara adalah bersih dan bebas daripada amalan korupsi.-tvs

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.