Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Isu IC Sabah: Anwar sedia dipanggil RCI
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN 23 Januari 2013
Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Anwar Ibrahim
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) berkenaan dengan pendatang asing di Sabah.
Sambil menegaskan bahawa beliau tidak terlibat langsung dalam "projek IC" yang dilemparkan tuduhan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad, tegasnya, beliau tidak ada kaitan malah tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.

"Kalau ditanya saya akan jelaskan. Saya tidak ada masalah. Bagaimana peraturan RCI ini? Saya tahu lama berjalan, ia di bawah Perdana Menteri dan dua orang yang dipertanggungjawabkan itu (bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Tan Sri) Aziz Shamsuddin dan (bekas anggota Kabinet) Allahyarham Tan Sri) Megat Junid (Megat Ayub)

"Masa saya memangku (jawatan Perdana Menteri) dalam masa dua bulan itu, pun tidak dilapor kepada saya soal ini. Tapi kalau mahu penjelasan kerana sekarang ini saya lihat PBS, orang-orang Umno dia tidak berani kritik Mahathir, dia tanya ini Anwar bagaimana. Tanyalah, saya tidak ada masalah," kata Anwar.

Menurut Anwar, isu RCI ini bukan semata-mata kerana memberi kewarganegaraan tetapi adalah isu penipuan yang berlaku di sebaliknya.

"Isunya bukan isu orang dapat warganegara. Kalau orang itu melalui proses yang betul dan betul, telus dan memenuhi syarat, tidak wajar kita pertikai. Isunya sekarang ialah isu penipuan, isu rasuah, isu rencana politik untuk minta mengundi langsung Umno," kata beliau yang juga bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Beliau dipecat oleh Dr Mahathir pada September 1998.

Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Abdul Rauf Sani dalam RCI minggu lalu mengakui bahawa beliau  mengetuai satu pasukan yang memproses kad pengenalan untuk pendatang tanpa izin yang tidak layak.

Bagaimanapun katanya, beliau bertindak sendirian dan tidak menerima arahan daripada pemimpin politik.

Meskipun mengesahkan bahawa beliau dan kakitangannya beroperasi daripada kediaman Aziz, namun menegaskan, Aziz tidak berperanan dalam hal tersebut.

"Penjawat awam tidak terima arahan dari setiausaha politik," katanya.

Semalam badan bukan kerajaan, Bersih 2.0 cawangan Sabah menggesa RCI turut memanggil Dr Mahathir untuk memberi keterangan.

Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri paling lama berkhidmat dari 1981 hingga 2003, dituduh menerajui "projek IC", dengan dakwaan memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing sebagai ganti undi mereka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.