Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Algeria: Seorang rakyat Malaysia disahkan terbunuh, seorang masih belum diketahui
23 Januari 2013
PUTRAJAYA - Seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang semasa kejadian tebusan di In Amenas, Algeria disahkan terbunuh oleh Kedutaan Besar Malaysia di Algiers, manakala nasib seorang lagi masih belum diketahui.
  
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata keluarga mangsa yang terbunuh, Chong Chung Ngen, telah dimaklumkan mengenai berita tersebut manakala kedutaan sedang bekerjasama rapat dengan syarikat JGC Construction Pte. Ltd, untuk menguruskan proses membawa pulang mayat ke Malaysia.
  
"Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga mendiang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Menurut kenyataan itu, kebanyakan tebusan asing yang terbunuh semasa kejadian tersebut telah dibawa ke Algiers.
  
Mengenai seorang lagi rakyat Malaysia yang masih hilang, Tan Ping Wee, Anifah berkata kementerian menghantar seorang diplomat kanan untuk membantu kedutaan di sana bagi mempercepatkan usaha mencari, serta memastikan koordinasi yang diselaraskan dengan pihak berkuasa Algeria berjalan lancar.
  
Beliau berkata pada masa sama kementerian dan kedutaan telah pun membuat jalinan hubungan dengan negara-negara di mana rakyat mereka terlibat dalam kejadian tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini dan berkongsi maklumat risikan.
  
Dalam perkembangan lain Anifah berkata tiga rakyat Malaysia yang disahkan selamat kini berada di Algiers.
  
Persediaan telah diatur kedutaan untuk membawa pulang Ravi Kappusamy dan Lau Seek Chiang manakala Patrick Purait Awang secara sukarela mahu berada di Algiers untuk sementara waktu bagi membantu mengenal pasti rakannya, kata beliau.
  
Dalam insiden yang berlaku minggu lepas, lima rakyat Malaysia antara 130 pekerja dari pelbagai negara di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) Amenas, timur Algeria menjadi mangsa tebusan kumpulan militan.
  
Insiden itu dipercayai berpunca daripada balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan ruang udaranya digunakan pesawat tempur Perancis untuk menyerang pemberontak Islam di Mali. - Bernama
Artikel Berkaitan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.