Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AIIK ? TETIBA AJE MUNCUL BERJASA ? ADA SAPA DISPONSER KEW ?

Berjasa mengalu-alukan Nasharudin

8 Februari 2013
 Nasharudin Mat Isa
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
 
KUALA LUMPUR  - Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) mengalu-alukan pihak yang mengutamakan perpaduan ummah termasuk bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa untuk menyertai atau bertanding di atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Berjasa Mohd Yusoff Haron berkata, pihaknya sedia terima sesiapa sahaja yang mahu memperkasakan Islam.


"Berjasa boleh bekerjasama dengan semua pihak yang boleh menyumbang kepada kebaikan negara dan rakyat. Berjasa mahu menjadi jambatan ukhuwah Islamiah dan menggantikan politik kebencian dan pecah-belah ," katanya kepada pemberita di

sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, pada pilihan raya umum ke-13 nanti, Berjasa akan meletakkan calon di 50 kerusi parlimen di Selangor, Perak dan Johor selain 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).


Ditanya sama ada Berjasa akan memecahkan undi orang Melayu pada PRU-13, beliau menolak tanggapan sedemikian dan sebaliknya percaya Berjasa boleh menguatkan perpaduan orang Melayu.


Berjasa ditubuhkan pada 1977 sebagai parti alternatif kepada Pas.    


Nasharudin yang dipecat dari Majlis Syura Ulama Pas dilaporkan tidak tersenarai sebagai calon Pas pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Beliau bagaimanapun kekal sebagai ahli Pas. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.