Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HADI SUDAH JAWAB, DIA SURUH TANYA KDN

Karpal tidak hormati Islam, Pas
SITI FATIHAH AWANG
5 Februari 2013
Ismail Sualman
Penganalisis Politik, Profesor Dr Ismail Sualman
 
KOTA BHARU - Pengerusi DAP, Karpal Singh didakwa tidak menghormati Islam dan Pas sebagai salah sebuah komponen terbesar dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila dilihat cuba berulang kali mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Melayu di negara ini.

Karpal yang menganggap isu kebebasan penggunaan kalimah itu masih belum selesai juga menunjukkan sikap seorang pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri dan parti politik semata-mata.

Penganalisis Politik, Profesor Dr Ismail Sualman berkata, Karpal tidak sepatutnya mempersoalkan lagi isu tersebut kerana keputusan itu dilakukan oleh Ahli Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini.

“Dari awal lagi Karpal dah tunjuk belang, dia tidak menerima Islam, bagaimana pemimpin Islam kita boleh bekerjasama dengan pemimpin seperti itu, tidak mustahil masyarakat Melayu Islam di Malaysia akan kucar-kacir selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga kelihatan meluat dengan tindakan yang dilakukan Karpal dan meminta supaya rakan seperjuangannya itu untuk tidak mencampuri hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam.

Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya sudah menyedari hakikat tersebut lebih awal dan bertindak mengikut keadaan supaya hak asasi umat Islam negara ini tidak tercemar.

“Dia (Nik Aziz) sudah nampak perkara ini, tetapi kenapa masih mahu pertahankan Karpal dan berada dalam PR yang sebenarnya berkeinginan untuk menghapuskan umat Islam negara kita.

“Dari apa yang berlaku, kita dapat lihat bahawa mereka (PR) sebenarnya tidak boleh bekerjasama antara satu sama lain, mereka mempunyai agenda tersendiri dan yang menjadi mangsa adalah rakyat.

“Ramai pemimpin dan penyokong Pas tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan Karpal dan tindakan Nik Aziz seperti berkompromi dengan orang bukan Islam semata-mata untuk menjaga kepentingan politik mereka,” katanya.

Ismail yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, Karpal sengaja memanjangkan isu tersebut kerana matlamatnya adalah untuk menguasai masyarakat bukan Islam dan menjadikan
negara ini sebagai negara yang berkebajikan semata-mata.

“Mereka tidak sehaluan, itu amat jelas sekali, mereka hanya bermuka-muka dan berlakon yang mereka sentiasa bekerjasama dan sepakat, padahal masing-masing mempunyai muslihat tersendiri.

“Apa yang penting, rakyat dan agama Islam tidak boleh menjadi mangsa dalam hal ini, Karpal terang-terang sudah tidak memihak dan menghormati Islam, mereka kini berlumba untuk memegang takhta pemimpin negara Islam, tidak mustahil pelbagai masalah perkauman akan berlaku jika perkara ini tidak diselesaikan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.