Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jambatan dibaikpulih semula

Pandangan Nasa yang menyatakan bahawa dia  tidak mahu PAS dicairkan oleh DAP dan PKR sedikit demi sedikit, dia mahu PAS berjuang macam asal, kalau boleh PAS bersendirian ?
Andainya PAS berjuang bersendirian maka rakyat boleh fikir apakah nasib parti tersebut mampu untuk berjuang untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim ? Dia sendiri pernah sebut bahawa UMNO/BN kerajaan yang zalim ?
Zaman sekarang zaman rasuah yang sangat menggila, semuanya memerlukan wang untuk bergerak, andainya Nasa masih berada didalam PAS maka dia bolkeh bergerak dengan selesa jika dia banyak pitih, boleh pancing ahli, apalah susah sangat nak dapatkan dana, kan ke Nasa banyak kawan  yang kaya raya ?  Pak Karamu
 
Pas sambut baik pendirian Nasharudin
G MANIMARAN
3 Februari 2013
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
$entry.content.caption.value

SHAH ALAM - Pas menyambut baik pendirian bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa yang mahu kekal bersama parti itu meskipun telah dilucutkan keanggotannya dalam Majlis Syura awal bulan lalu.

"Pas menyambut baik keputusan Ustaz Nasharudin yang mahu kekal bersama kami... yang mahu kekal bersama Pas terus perjuangan Pas," kata Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada
Sinar Harian Online pagi ini.

Sehubungan itu, jelas Tuan Ibrahim, Pas tidak memecat Nasharudin daripada Pas, sebaliknya hanya menggugurkan keanggotaan dalam Majlis Syura.

Oleh itu katanya, Nasharudin masih mempunyai ruang untuk berkhidmat rakyat dengan kekal bersama Pas walaupun tidak memegang sebarang jawatan.

"Beliau masih boleh berkhidmat dan berjuang bersama Pas walaupun tidak ada jawatan.
"Malah dalam parti, ribuan orang tidak ada jawatan. Mereka kekal sebagai ahli biasa dan terus berkhidmat... sebenarnya Ustaz

Nasharudin bukan dipecat oleh parti, cuma bukan lagi anggota Majlis Syura... lagi beliau dilucutkan keanggotaan disebabkan soal komitmen, di mana sebelum ini pun ramai anggota Majlis Syura pernah ditukar dan digugurkan," katanya lagi.

Semalam, Nasharudin menegaskan, beliau akan kekal sebagai anggota Pas untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan Islam dan membela orang Melayu tidak 'dicairkan' berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP.

Beliau yang juga bekas anggota Majlis Syura Pas berkata, statusnya sekarang yang tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan perjuangan asal parti.

"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain.

"Pas sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu," katanya.

Isnin lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin masih kekal anggota Pas walaupun dipecat daripada Majlis Syura Pas, dan Nasharudin juga tidak disenarai sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Sebelum ini wujud pelbagai andaian bahawa Nasharudin akan menyertai Umno atau akan berperanan aktif dalam pertubuhan badan bukan kerajaan.

Kata Tuan Ibrahim, disebabkan masalah komitmen dan ketidakhadiran, hanya Majlis Syura yang boleh menggugurkan keanggotaan Nasharudin, bukannya Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

"Jadi isu tidak ada jawatan dan oleh itu tidak boleh meneruskan perjuangan parti tidak timbul. Kita boleh berkhidmat walaupun tidak ada jawatan," katanya lagi.

Tahun lalu, Nasharudin digugurkan sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.