Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Najib nafi halang Pornthip bedah siasat Sugumar

15 Februari 2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
 
IPOH - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan pembangkang kononnya beliau mempunyai kaitan menghalang pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa dakwaan keganasan polis, C.Sugumar.

Perdana menteri berkata dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran itu tidak benar sama sekali.

"Tak adalah...cerita-cerita dongeng banyak. Tak usah dengar semua. Tak ada sama sekali," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan beberapa portal berita yang memetik pemimpin PKR itu mendakwa Najib telah berkomunikasi dengan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra berhubung bedah siasat kedua itu.

Surendran mendakwa ekoran daripada komunikasi itu, kerajaan Thailand memutuskan supaya Pornthip tidak perlu melakukan bedah siasat tersebut agar tidak menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

Dalam kejadian pada 23 Jan lepas, Sugumar yang dipercayai mengalami masalah mental, dilaporkan mengamuk lalu merosakkan harta benda awam dengan menggunakan palang besi.

Menurut laporan media sebelum ini, Sugumar bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh anggota polis dan digari sebelum dia tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.