Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Ulama muda mampu lonjak PR
Wartawan Sinar Harian
15 Februari 2013
PRU13
PRU13
SHAH ALAM – Kehadiran ulama muda sebagai calon yang akan bertanding Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dilihat mampu memberi lonjakan kepada Pakatan Rakyat (PR).
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, selain memiliki latar belakang agama, masyarakat kini amat memerlukan calon berwibawa daripada generasi muda untuk meraih keyakinan masyarakat.

“PR mengalu-alukan keinginan ulama muda untuk bertanding dalam PRU13. Kehadiran mereka dilihat amat tepat pada masanya untuk membentuk masyarakat generasi kini yang semakin jauh dari kehidupan agama.

“Lebih-lebih lagi kita sendiri dapat melihat sokongan diberikan masyarakat kepada mereka. Sekiranya mereka bertanding atas tiket PR, pastinya akan memberi kekuatan kepada parti kerana inilah ciri-ciri calon yang amat diperlukan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kemungkinan tiga ulama muda terkenal tanah air iaitu bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda, Fathul Bari Mat Jahya bertanding sebagai calon dalam PRU13.

Mereka difahamkan telah digamit semula oleh beberapa parti politik dari BN dan PR kerana dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ berikutan memiliki kehebatan tersendiri.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata, antara ketiga-tiga ulama itu, beliau lebih melihat kredibiliti dimiliki Juanda dan Mohd Asri berbanding Fathul Bari.

Menurutnya, Fathul Bari yang lebih cenderung kepada BN agak kurang mendapat sokongan anak muda.

“Saya tidak tidak pasti dengan parti bakal diwakili tiga ulama itu, namun saya melihat kecenderungan Juanda dan Mohd Asri kepada PR. Ini berdasarkan kenyataan Juanda dan Mohd Asri kebelakangan ini yang lebih berpihak kepada PR.

“Jika benar mereka mewakili PR, kita yakin mereka akan diterima kerana mereka menggambarkan aspirasi anak muda masa depan. Berbeza dengan Fathul Bari yang kenyataannya selalu tidak seiring dengan kehendak golongan muda,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.