Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO BUKAN BODOH NAK BAGI NASA JADI CALON

Bersediakah UMNO BN Beri Nasharuddin Peluang Untuk Bertanding Di dalam PRU13 Nanti?

Pas saran BN beri Nasha tiket tanding PRU13

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) disaran beri peluang kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika parti itu berminat dan memerlukan bekas orang nombor dua Pas itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, BN terutama Umno tidak harus mengetepikan Nasharudin dalam pilihan raya ini kerana beliau sudah bekerjasama dengan parti itu sejak 2008 lagi.

Antaranya, beliau didakwa pernah cuba melobi untuk menubuhkan kerajaan gabungan Pas dengan Umno di Selangor dua hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

"Nasharudin kelihatan seperti begitu cuba untuk membantu Umno dalam pelbagai hal hingga ketepi kepentingan Pas sendiri. Kerana itu, jika benar Umno perlukan dia, buka peluang untuk dia bertanding di mana-mana kerusi atau beri laluan di Bachok," katanya pada sidang media di Kota Darul Naim, semalam.

Husam berkata, pengguguran Nasharudin daripada Majlis Syura Ulama Pas bukan disebabkan kerjasamanya dengan Umno, tetapi ketidakhadirannya dalam beberapa mesyuarat Majlis Syura dan Pas Pusat.

"Kalau dia nak, dia boleh merayu semula. Saya cadangkan dia kembali, tetapi dengan syarat, dia mesti patuh pada peraturan dan hadir mesyuarat seperti biasa. Dia bukan Umno tapi semua kerja yang dilakukan adalah untuk membantu Umno.

"Kalau kita kahwin dan isteri main kayu tiga, dayuslah kalau kita tidak tegur perbuatan dia," katanya.

Menurutnya, pendekatan Pas adalah menepati matlamat untuk menukar dasar kerajaan yang zalim. -SH


Umno sentiasa terbuka untuk Nasharudin


SHAH ALAM – Umno sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja termasuklah bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa jika beliau benar-benar mahu menyertai parti terbesar dalam Barisan Nasional (BN) ini.

Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Mohamed Aziz berkata, walaupun Nasharudin berkemungkinan tidak menyertai Umno, namun kemahiran dan kebolehannya tetap diperlukan kerajaan terutamanya dalam hubungan antara negara-negara Islam.

Menurutnya, oleh kerana Nasharudin dilihat rapat dengan pemimpin-pemimpin kerajaan terutamanya Umno, maka atas kemungkinan itu beliau telah dipecat dari Majlis Syura Pas dengan mendakwa pemimpin itu melanggar beberapa peraturan parti.

"Pas sudah tersasar jauh dari perjuangannya, saya pelik bagaimana seorang pemimpin ilmuwan yang berkebolehan tinggi seperti Nasharudin boleh dipecat daripada Majlis Syura, satu badan tertinggi Pas.

"Jadi, jika Nasharudin mahu menyertai Umno, kami terbuka kepada sesiapa sahaja, tiada paksaan. Apa pun ia terpulang kepada Nasharudin sendiri," katanya semalam.

Mohamed yang juga Ahli Parlimen Sri Gading berkata, dalam berpolitik, semua pihak harus ada batasan dan kembali bersatu jika sesuatu isu melibatkan akidah Islam dan bangsa Melayu.

"Semua orang tidak kira Pas dan Umno perlu berpadu jika melibatkan Islam, ini tidak, dalam isu kalimah ALLAH pelbagai percanggahan dikeluarkan pemimpin Pas.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, Umno tidak perlu melamar Nasharudin kerana keputusan tersebut hanyalah terletak di bahu pemimpin Pas tersebut.

Menurutnya, atas dasar ukhuwah umat Islam, semua pihak diseru bersama-sama demi akidah dan perpaduan umat tidak kira ideologi politik yang dipegang masing-masing.

“Saya berpendapat, terpulang kepada Nasharudin untuk buat keputusan tentang masa depan politiknya, Umno tidak perlu melamar kerana Umno adalah parti yang terbuka dan demokratik kepada sesiapapun,” katanya.
-SH

1 orang berkata:

Anonymous said...

Eloklah Nasaruddin keluar Pas dan masuk Umno. Mungkin dia sesuai menjadi Menteri agama menggantikan Jamil Khir yang dilihat tidak berkesan menjaga agama. Dengan segala hormatnya dipersilakan kerana bagi Umno, kecil tapak tangan nyiru umno tadahkan. Apatah lagi Nasaruddin pun dah banyak berbakti kepada Unmo untuk menjatuhkan reputasi Pas.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.