Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO JOHOR SUDAH GOYANG NGAN SALAHUDDIN

Tanding di Johor: Umno persoal agenda Salahuddin
Wartawan Sinar Harian
17 Februari 2013
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
 
MUAR – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub  diminta memperjelaskan kenyataannya sebelum ini bahawa dirinya mempunyai agenda lebih besar yang ingin dibawa ke Johor apabila mengesahkan akan bertanding di negeri kelahirannya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mengakui tidak memahami dengan jelas isu diperkatakan Salahuddin yang dikhuatiri menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat di negeri ini.


Jelasnya, apa yang dilihatnya adalah kenyataan itu tidak akan memberi sebarang faedah kepada rakyat di sini.


“Kenapa dia (Salahuddin) tidak mahu kekal bertanding di Kelantan?  Tindakan itu menimbulkan persoalan sama ada dia diberikan satu tanggungjawab besar untuk datang ke Johor atau orang Kelantan sudah tidak mahu dia?


“Dia pernah berada di kerusi Kubang Kerian, Kelantan yang ditadbir  kerajaan Pas. Apa perkara baik (pembangunan) yang pernah dilakukan di sana untuk dia bawa ke Johor yang tidak atau belum dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN),” katanya semasa lawatannya  ke rumah seorang warga emas di Jalan Junid di sini, semalam.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Salahuddin untuk bertanding di Johor bukan kerana jawatan menteri besar, sebaliknya kerana agenda besar yang ingin dilakukan di Johor itu selepas Pakatan Rakyat (PR) menang dalam PRU13.


Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, tiada jaminan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat jika pembangkang memerintah negara kerana parti itu terlalu ghairah untuk mendapatkan kuasa melalui tawaran janji yang dibuat.


“Saya khuatir jika kerajaan berubah, semua program transformasi yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan terhenti, sebaliknya pembangkang meneruskan program itu menjadi lebih teruk,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.