Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Apabila calon buat kejutan
Sadiq Sigaraga
22 April 2013
PRU13
PRU13
Apabila calon diburu peminat

Sebaik sahaja beliau membuat kejutan mendaftarkan diri sebagai calon Bebas untuk kawasan Parlimen Kuala Kangsar kelmarin dan mengumumkan keluar daripada Umno,  bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim seolah-olah menjadi selebriti segera.

Beliau mendapat perhatian wakil media dan pihak lawan, walaupun dalam masa yang sama dikritik pemimpin Umno.
Kepada media yang memburunya untuk mendapatkan perkembangan terbaru mengenai dirinya, Kamilia hanya sekadar menjawab "I am busy' (Saya sedang sibuk).

Beliau juga sedang dilamar supaya dapat berganding dengan Pakatan Rakyat (PR) 'demi martabat kaum wanita'.

Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail semalam menawarkan Kamilia berganding dengan PR.

Apakah Kamilia akan menyertai PR sebagai rakan atau terus berdiri atas kekuatannya sendiri berdasarkan pengalaman dan sumbangannya yang lebih 20 tahun itu, mungkin diketahui tidak lama lagi.

Calon tidak muncul
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa, yang buat kejutan menarik diri sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kawasan Parlimen Pasir Mas tanpa pengetahuan pemimpin partinya sendiri kini tentunya dalam dilema.

Menurut ceritanya kepada media, beliau melakukannya untuk kepentingan parti. Beliau dijadualkan bertanding menentang penyandangnya, Datuk Ibrahim Ali, yang juga Presiden Perkasa dan Nik Abduh, anak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Jika beliau bertanding dalam pertandingan tiga penjuru itu, beliau percaya beliau akan tewas bersama Ibrahim Ali.

Tambahan pula, katanya, orang menganggap Ibrahim dan beliau sebagai bapa dan anak dan Ibrahim ialah mentornya.
Sekarang, Ketua Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sudah memanggilnya untuk memberi penjelasan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula berkata, sebagai calon yang dipilih pucuk pimpinan, Che Johan tidak sewajarnya gagal menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus di Pusat Penamaan Calon, kelmarin.

Tetapi Che Johan sendiri nampaknya yakin apa yang dilakukan semata-mata demi kepentingan Umno dan BN dan sedia berhadapan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, untuk memberi penjelasannya.
Apakah beliau mampu meyakinkan pemimpin Bn itu dengan penjelasanannya itu, atau akan berkongsi nasib dengan mereka yang akan dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas, sama-sama kita tunggu esok.

Yang masih menjadi teka-teki, kenapa beliau tidak memberitahu pemimpin BN beliau tidak mahu bertanding awal-awal ketika diputuskan beliau menjadi calon BN?
Nasi belum menjadi bubur?
Dalam menuntut kerusi, ramai ahli parti gagal mengawal perasaan dan menjadi calon Bebas, walaupun ia boleh jejaskan prestasi parti dalam pilihan raya.
Ia berlaku dalam BN dan PR.
Pimpinan BN sudah mengambil beberapa langkah sebelum dan selepas tindakan bertanding atas tiket bebas diambil oleh ahli-ahlinya.

Di mana mampu, pemilihan calon disusun semula, tetapi bagi yang bertanding Bebas kerana tidak berpuas hati, tindakannya hanyalah pecat.

PR juga sama.Walaupun, beberapa ahli sudah mendaftarkan diri sebagai calon, pucuk pimpinan meminta mereka elak pertembungan. Itu jalan terbaik kerana undang-undang tidak membenarkan tarik diri.

Apakah cara ini boleh selamatkan prestasi calon dan parti masing-masing atau nasi sudah menjadi bubur? Persoalan ini akan terjawab pada 5 Mei. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.