Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APE KE HE NYEW NI NYAH OIIII !



Monday, April 1, 2013


Balu dan anak bekas ketua Al-Arqam ditahan di Makkah


Hatijah Aam, balu bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad
Hatijah Aam, balu bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad, dan lima anaknya adalah antara 84 rakyat Malaysia yang dilaporkan ditahan di Makkah pada Rabu lalu.

Mereka disyaki menyebar ajaran sesat dan melanggar Akta Imigresen Arab Saudi.

Menurut sumber, kumpulan itu kini ditempatkan di pusat tahanan sementara di bawah kawalan Jabatan Imigresen Arab Saudi.

Mereka dilaporkan akan dibawa pulang ke Malaysia dalam tempoh terdekat, lapor Berita Minggu Malaysia (BMM), semalam.

Kumpulan itu ditahan dalam tiga operasi berasingan di Makkah kerana didakwa mengamalkan amalan meragukan, bidaah dan menjalankan kegiatan nasyid berunsur syirik.

Mereka juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen Arab Saudi, tinggal tanpa permit.

Media tempatan Arab Saudi, SABQ, melaporkan kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia pada Disember 2006.



Hatijah, 52 tahun, serta anakanaknya tinggal di banglo mewah milik mereka yang dinamakan Istana Rasulullah Saidi Abuyya (RSA), manakala pengikutnya tinggal di chalet Nur Muhammad dan Mat'am Asaari, juga di kawasan mewah di Makkah.

Mengikut rekod, semua yang ditahan masuk ke Arab Saudi menggunakan pas lawatan sosial yang sudah tamat tempoh.

Bagaimanapun, pasport Hatijah masih sah sehingga Oktober 2014.

Difahamkan, tangkapan yang diketuai Mejar Turkey bin Mohamad As-Sowat dengan Imigresen Arab Saudi itu adalah hasil maklumat awam berhubung kegiatan Hatijah.

Wanita itu dipercayai mempengaruhi jemaah umrah dan haji dari Malaysia supaya menetap dan bekerja untuknya di Makkah.

Hatijah didakwa memiliki aset ratusan juta ringgit.

Kumpulan Hatijah didakwa memperoleh keuntungan hasil pelbagai rangkaian perniagaan pelancongan, ternakan, restoran, industri makanan dan pelbagai rangkaian yang beroperasi di lebih 20 negara, termasuk Jerman, London, Australia, Indonesia, Thailand dan negara lain di seluruh dunia.

Sementara itu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, memaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerahkan sepenuhnya kepada Wisma Putra untuk meneliti kes berkenaan.

Jakim juga akan menjalin kerjasama dengan kedutaan Arab Saudi di Malaysia serta kerajaan negeri itu dalam usaha memastikan kes berkenaan diselesaikan sebaik mungkin.
Kerajaan Rakyat

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.