Kit Siang: Saya tunggu Dr M di Gelang Patah
Oleh Mohd Farhan Darwis
“Saya yakin tiada pihak akan kata ‘Tidak’ ... lagipun beliau lebih
berkuasa dengan berselindung ‘dibalik tabir’ apabila sama sibuk semasa
menjadi perdana menteri selama 22 tahun lalu dengan kenyataan-kenyataan
hariannya kepada pemimpin Umno dan BN,” kata Kit Siang ketika berucap di
Taman Molek, Johor Jaya, di sini.
Jelas Ketua Parlimen DAP itu lagi, dengan bertanding di Gelang Patah
juga, kedua-dua seteru politik itu bakal membuktikan “siapa yang akan
terkubur” apabila mempertaruhkan nasib mereka kepada pengundi di kawasan
yang menjadi milik BN sejak sekian lama.
Menurut Kit Siang lagi, beliau berani meninggalkan kerusi Ipoh Timor
yang ditandinginya dan memiliki kedudukan selesa berbanding untung nasib
yang belum diketahui di Gelang Patah, serta mempersoalkan keberanian Dr
Mahathir untuk melakukan tindakan sama dengan bertanding menentangnya
di kerusi yang kini menjadi milik Tan Ah Heng, yang merupakan Ketua
Wanita MCA Johor.
“Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan
biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada
kuburkan saya atau beliau.
“Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang
memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus
pengundi India,” tegasnya.
Gelang Patah menjadi perhatian apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim mengumumkan Kit Siang akan bertanding di kawasan
berkenaan, sekaligus menamatkan konflik perebutan kerusi berkenaan
antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, dan Pengerusi PKR Johor,
Datuk Seri Dr Chua Jui Meng.
“Adakah Dr Mahathir sedia menyerahkan hayat politiknya kepada pengundi Gelang Patah,?” soal Kit Siang dalam ucapannya.
Gelang Patah yang dimenangi parti komponen BN daripada MCA
menunjukkan majoriti besar apabila menewaskan calon PKR dalam Pilihan
Raya 2008, 9,000 undi.
“Meninggalkan Ipoh Timor yang saya menangi dengan majoriti 21,000
undi pada PRU 2008 untuk Gelang Patah, saya diibaratkan ‘menggantung
diri’.
“Berdasarkan sejarah Gelang Patah yang sering memihak kepada BN, Dr
Mahathir seharusnya akan menang selesa dengan majoriti besar,” kata Kit
Siang.
“Saya tunggu Mahathir di Gelang Patah.”
Dr Mahathir malam tadi menyeru rakyat Johor untuk menamatkan karier
politik Kit Siang di Gelang Patah dalam Pilihan Raya 2013 dalam rangka
untuk membantu BN mempertahankan kubu kuat mereka daripada kemaraan
pembangkang.
“Sekarang ni Lim Kit Siang nak datang ke Johor, mudahlah, boleh
menang bila-bila jam. Orang Johor mesti ganyang dia habis-habis ... biar
itu jadi hari terakhir dia dalam bidang politik,” kata Dr Mahathir
dihadapan ribuan orang di projek perumahan rakyat anjuran Umno Pulai di
luar Hospital Pulai di sini.
Kedatangan beliau di sini selepas ceramah Pekatan Rakyat (PR) hampir
setiap malam dan yakin akan menang beberapa kerusi parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN) di negeri kelahiran Umno itu.
Bekas presiden Umno dan pengerusi BN itu mengkhususkan kepada Kit
Siang, musuh politiknya semenjak beliau masih perdana menteri bermula
1982, sehingga bersara pada 2003.
“Kalau dia nak bertanding di Penang, Melaka kita faham, tapi nak
serang kubu Umno di Johor ini perbuatan bodoh, tak masuk akal,” Dr
Mahathir memperlekehkan Lim, pemimpin veteran DAP yang merupakan anak
kelahiran Johor.
Beliau mengatakan pemimpin DAP itu seharusnya memikirkan persaraannya
oleh kerana sudah lama berada dalam politik dan partinya sering
bercakap soal perubahan.
0 orang berkata:
Post a Comment