Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEBAT DULU

Majlis Fatwa diminta teliti kenyataan Nik Aziz

9 April 2013
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
KUALA LUMPUR - Majlis Fatwa Kebangsaan perlu meneliti segera semua kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung agama kebelakangan ini yang dilihat boleh memesongkan akidah umat Islam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kenyataan kontroversi Menteri Besar Kelantan itu seperti kononnya sembahyang orang Umno tidak mendapat pahala dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya memikirkan kontrak apabila membina masjid, perlu segera dihentikan.

Ini kerana ia boleh menyebabkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum, katanya kepada pemberita selepas  menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Sekolah SPM 2012 di Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi Gombak, di sini hari ini.

"Saya fikir kalau semua kenyataan yang dikeluarkan Nik Aziz dirujuk kepada Majlis Fakta Kebangsaan, semuanya akan ditolak. Itu saya yakin. Kenyataan sebegitu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Jadi, elok juga kalau Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan memberi nasihat kepada Nik Aziz yang begitu lantang dan celupar mengeluarkan kenyataan berbentuk agama yang bukan saja mengelirukan malah boleh memesongkan akidah umat," tegas Muhyiddin.
Muhyiddin berkata kenyataan seperti itu sepatutnya tidak berlaku, apatah lagi dikeluarkan oleh seseorang yang kononnya ulama dan tokoh yang disegani masyarakat dalam memperjuangkan Islam.

Timbalan Presiden Umno itu berkata Islam tidak harus dinodai melalui muslihat politik sebegitu yang pada asasnya hanya untuk kepentingan tertentu.
"Kalau bukan Islam buat kenyataan begitu kita faham, tapi oleh Nik Aziz yang dilabel ulama dan tokoh tapi kenyataan dia semacam lebih (sudut) politik daripada agama," katanya dan menambah Umno tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Semalam, golongan ulama pondok dalam satu persidangan di Kedah mencapai satu deklarasi bahawa haram mengundi Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum akan datang.

Ini berikutan tindakan kedua-dua parti itu yang menyokong pluralisme agama termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.